“KAMI berserah pada Allah apa yang terbaik. Jahidah sudah lama bertahan."
Ini luahan rasa adik Jahidah di akaun TikToknya.
Ternyata buat masa sekarang, keluarga mereka menyerahkan segalanya pada Allah.
Bertahan sehingga ke tahap ini iaitu sehingga melahirkan anaknya Nufail, bukan satu tempoh yang singkat. Jika telah tiba masanya dan itu adalah yang terbaik untuk Jahidah, mereka redha.
Kami berserah pada Allah
Keluarga kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, kini buntu selepas keadaan wanita itu tidak menentu selepas disahkan positif COVID-19 minggu lalu.
BACA: Jahidah positif COVID-19
Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, doktor menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan Jahidah yang memerlukan proses bantuan pernafasan (CPR).
BACA: Jahidah selamat lahirkan bayi lelaki
Menurutnya, Jahidah sudah selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.
BACA: Jahidah sudah dibenarkan pulang
Apa sahaja yang terbaik
“Kali keberapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak.
Dengan keadaan kakak macam itu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.
“Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun,” katanya yang berkongsi luahan perasaannya mengenai keadaan Jahidah di :
Jahidah sudah lama bertahan
Fauziah yang menjaga anak kakaknya, J Eshan Nufail melahirkan rasa sebak dan risau memikirkan keadaan Jahidah memandangkan wanita itu tidak boleh meluahkan kesakitannya akibat berada dalam keadaan koma.
“Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tidak berhenti mengalir air mata.
“Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi, bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah,” luahnya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Mingguan Wanita
Mingguan Wanita
Thu Mar 10 2022

Jahidah sudah selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.- Sumber foto Mingguan Wanita

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.

Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.

Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.

Keputusan kes Jahidah ditangguh, bekas suami alami sesak nafas
Hakim kemudian menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh keputusan di akhir pembelaan kes berkenaan.

Keluarga sedia bawa Jahidah ke mahkamah walaupun sukar
Pihaknya dimaklumkan kemungkinan kakaknya perlu dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa memukulnya dua tahun lalu.

Bantuan JKM kepada wanita koma dipukul suami diteruskan
Bantuan bulanan JKM kepada Jahidah Nordin, yang koma akibat dipukul suami, akan diteruskan bagi membantu meringankan beban keluarganya.

'Aidilfitri sayu tanpa Jahidah yang dulu'
Tidak pernah putus harapan untuk melihat Jahidah sembuh atau sekurang-kurangnya dia boleh bercakap semula.

"Kami berserah pada Allah, apa sahaja yang terbaik buat kakak Jahidah" - Adik
-KAMI berserah pada Allah apa yang terbaik. Jahidah sudah lama bertahan. Ini luahan rasa adiknya, Jahidah di akaun media sosial TikToknya.

Jahidah positif COVID-19
Pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad COVID-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada petang Rabu.

Dipukul suami sehingga koma, air mata ibu ini gugur setiap kali sentuh anak
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.