KOMUNITI mak nyah tidak meminta perkara berlebihan kepada kerajaan sebaliknya hanya mahukan kehidupan tanpa tanggapan sinis oleh masyarakat termasuk perkara sekecil isu tandas.
Seorang mak nyah dikenali sebagai Linda, 29 tahun, berkata, dia dan rakan-rakan mak nyah lain tidak mahu ada diskriminasi terhadap mereka.
"Sebagai contoh, kami bukan nak tuntut hak kahwin sejenis seperti berlaku di negara barat, tetapi inginkan kehidupan biasa untuk memenuhi naluri wanita kami. Orang ramai terimalah naluri kami ini kerana kami bukan minta jadi begini melainkan sudah takdir.
"Kita minta hak sama rata bukan sampai nak hak tukar kad pengenalan sewenang-wenangnya," kata Linda yang mengakui perwatakannya sebagai mak nyah bermula sejak dia berusia belasan tahun.
Linda berkata, sebenarnya bukan sahaja dia bahkan komuniti mak nyah yang lain tidak mahu kehidupan mereka disertai diskriminasi termasuk isu kecil seperti tandas.
"Kami minta kebenaran guna tandas sama rata, takkan kami nak guna tandas OKU pula?
"Apa yang penting kami dapat buang air kecil dan air besar, kami bukan nak bertapa dalam tandas," katanya.
Linda pada masa sama sempat menyindir sinis terhadap sikap sesetengah wanita ketika menggunakan tandas wanita kerana kemudahan awam itu adakalanya didapati kotor serta bersepah dengan tuala wanita.
"Diri sendiri (wanita) pun tak betul. Isu tandas adalah isu kecil tetapi sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu," kata Linda sinis.
Bagaimanapun Linda tidak menafikan karektor segelintir mak nyah juga menyebabkan kemarahan masyarakat terhadap komuniti tersebut.
Menegaskan sekali lagi berkaitan soal penggunaan tandas, Linda yang berasal dari Perak berkata, tiada pun keinginan meminta hak supaya pihak berwajib menyediakan tandas untuk golongan transgender.
Sementara itu, seorang lagi mak nyah dikenali sebagai Amy, 23, bersetuju dengan pandangan rakannya itu bahawa isu tandas adalah perkara kecil yang sengaja dijadikan kecoh untuk mendiskriminasi golongan mak nyah.
Amy, mengakui menyedari nalurinya berubah kepada wanita sejak zaman kanak-kanak ketika menonton sebuah filem Hindi apabila dia merasakan perasaan yang begitu teruja meminati pelakon lelaki dalam filem berkenaan.
"Bukan sekadar minat tengok pelakon itu, tetapi saya rasa ingin memiliki lelaki. Dari situ saya menyedari naluri saya ingin menjadi wanita dan saya beranggapan saya ini adalah wanita yang terkurung dalam tubuh lelaki," ujar Amy yang berasal dari Pahang.
Sebagai komuniti mak nyah, Amy juga menyatakan, dia tidak meminta perkara berlebihan daripada sesiapa cuma meminta masyarakat supaya tidak memandang jelek kepada komuniti transgender berkenaan.
Sinar Harian
Mon Aug 20 2018
!['Kami bukan bertapa dalam tandas, cuma nak hak guna sama rata' 'Kami bukan bertapa dalam tandas, cuma nak hak guna sama rata'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520828167_Transgender.jpg)
Linda berkata, tiada pun keinginan meminta hak supaya pihak berwajib menyediakan tandas untuk golongan transgender. - Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739418044_DatukAwieSearch.jpg)
Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie
Kid berkata keserasian mereka bersama Awie adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi lain, menggambarkan hubungan mereka sebagai sangat erat.
!['Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search 'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715339404_TBAMYSEARCH.jpg)
'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search
Amy mempersoalkan tindakan Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.
![Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654305088_AmySearch.jpg)
Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat
Persembahan penuh bertenaga itu menyaksikan Search menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan medley empat buah lagu.
![Konsert Endemik Search eksperimen baharu, lambang kebangkitan band rock legenda Konsert Endemik Search eksperimen baharu, lambang kebangkitan band rock legenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653812228_TBSEARCH.jpg)
Konsert Endemik Search eksperimen baharu, lambang kebangkitan band rock legenda
Menurut Amy, Endemik I merupakan sebuah lagu fast song berkisarkan bagaimana dunia melawan COVID-19 dan Endemik II pula lebih kepada rentak ballad tentang kehilangan yang dirasai sepanjang PKP.
![Sambutan luar jangkaan! Search umum tambah tarikh 'Konsert Endemik' Sambutan luar jangkaan! Search umum tambah tarikh 'Konsert Endemik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651367996_Kumpulanrock.jpg)
Sambutan luar jangkaan! Search umum tambah tarikh 'Konsert Endemik'
Konsert tersebut kini akan berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 di sebuah lokasi terbaru bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu di Zepp Kuala Lumpur.
!['Rezeki dia, dia makan' - Search pilih move on, bakal tawan peminat dalam konsert Endemik 'Rezeki dia, dia makan' - Search pilih move on, bakal tawan peminat dalam konsert Endemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651106925_Search.jpg)
'Rezeki dia, dia makan' - Search pilih move on, bakal tawan peminat dalam konsert Endemik
Apa yang lebih penting buat Search sekarang adalah karya yang mahu mereka persembahkan kepada peminat.
![#Isabella30tahun: Inspirasi tiga dekad #Isabella30tahun: Inspirasi tiga dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51549438719_isabella.jpg)
#Isabella30tahun: Inspirasi tiga dekad
Sedar tak sedar, sudah 30 tahun usia lagu Isabella
!['Kami bukan bertapa dalam tandas, cuma nak hak guna sama rata' 'Kami bukan bertapa dalam tandas, cuma nak hak guna sama rata'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520828167_Transgender.jpg)
'Kami bukan bertapa dalam tandas, cuma nak hak guna sama rata'
Komuniti mak nyah tidak meminta perkara berlebihan kepada kerajaan sebaliknya hanya mahukan kehidupan tanpa tanggapan sinis oleh masyarakat termasuk perkara sekecil isu tandas.
!['Komen Awie lukakan hati saya' - Amy Search 'Komen Awie lukakan hati saya' - Amy Search](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41460868585_AmySearch.jpg)
'Komen Awie lukakan hati saya' - Amy Search
Komen Awie dalam sebuah portal mengenai tindakan Amy 'mengabaikan' kebajikan Yazit membuatkan vokalis Search itu terguris.
Gitaris Jepun dan pertunjukan udara antara keistimewaan Konsert Search 35 Tahun
Konsert Search 35 Tahun yang bakal berlangsung pada tarikh baru iaitu 30 Ogos depan menjanjikan persembahan hebat khas buat para peminat mereka.