"Kami gembira dapat kembali," kata Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain sebelum meninggalkan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang tiba bersama isteri Iza Karmila Ramli, 35 dan tiga anak mereka - Annur Zulaikha, 6; Aynur Zhafirah, 5 serta Ayscha Zinnirah, 3 dan empat lagi rakyat Malaysia, tidak putus-putus mengukir senyum ketika ditemui pemberita yang menunggu kepulangan sembilan warga Malaysia dari negara itu sejak 2 pagi tadi.
"Saya sangat-sangat gembira kerana dapat kembali bersama anggota keluarga dan yang tersayang. Sekali lagi saya mahu berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berusaha membawa kami pulang ke tanah air," katanya yang ditemui selepas sambutan penuh emosi di kompleks itu.
Mohd Nor Azrin, 37, turut melahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam rundingan serta kedutaan-kedutaan ASEAN lain di Pyongyang yang banyak membantu dan menyokong mereka sepanjang tempoh itu.
"Kami menerima banyak sokongan terutama daripada kedutaan-kedutaan ASEAN seperti Indonesia, Laos, Vietnam dan Kemboja di Pyongyang.
"Kami menerima sokongan moral, logistik, bekalan makanan dan perubatan daripada mereka," katanya.
Mohd Nor Azrin berkata sepanjang tempoh itu juga mereka tidak dihalang untuk keluar dari kedutaan.
"Kami tahu perkembangan semasa dan kami berusaha mengekalkan semangat yang tinggi," katanya.
Sementara itu, Izlinda Ramli, 39, kakak sulung Iza Karmila berkata beliau sekeluarga tidak menyangka adiknya serta suami akan pulang ke tanah air pada awal pagi tadi.
Izlinda berkata beliau sekeluarga bertolak dari Taiping, Perak ke ibu negara pada 11 malam, sebaik mendengar berita kepulangan adik ketiganya itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi televisyen.
"Kami sekeluarga terutamanya ibu kami tidak putus berdoa agar mereka pulang dengan selamat," katanya menambah ibu mereka sering menangis kerana bimbangkan keselamatan Iza Karmila sekeluarga.
Bagaimanapun katanya kebimbangan mereka sekeluarga berkurangan apabila Iza Karmila menyatakan keadaan mereka seperti biasa pada setiap kali berhubung menerusi aplikasi media sosial.
Menurut suri rumah itu ketiga-tiga anak Iza Karmila memberitahunya mereka tidak ingin kembali ke Pyongyang lagi.
"Itu ucapan pertama mereka kepada saya tadi," katanya.
Izlinda turut melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah berusaha sedaya upaya membawa pulang sembilan rakyat Malaysia dari negara berkenaan.
Ketegangan antara Malaysia dan Korea Utara tercetus berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas.
Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara negara ini mengendalikan kes itu yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai 'persona non grata' dan mengusirnya keluar.
Kang Chol meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac.
Korea Utara bertindak balas dengan mengusir Duta Besar Malaysia di Pyongyang.
Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini.
Semalam, Datuk Seri Najib mengumumkan kesemua rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara dibenarkan pulang ke tanah air.
Kesemua mereka berlepas dari Pyongyang pada 7.45 malam semalam waktu Malaysia dan tiba di Kuala Lumpur pukul 5.03 pagi tadi.
Selain Mohd Nor Azrin sekeluarga, empat lagi rakyat Malaysia terbabit ialah Pembantu Peribadi kepada Duta Besar Noor Saaidah Jamaluddin, 29 dan suaminya Mohd Radzuan Othman, 29 serta bayi mereka Mohamad Radhiy yang berusia lapan bulan; dan Pembantu Tadbir S. Nirmala Malar Kodi, 45.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2017

Mohd Nor Azrin Md Zain menuruni pesawat dan disusuli anggpta keluarganya, sewaktu tiba di KLIA awal pagi tadi. - Foto Bernama

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
![[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN [KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737184993_TBDIPLOMASIFILEM.jpg)
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.

Britain seru gencatan senjata segera antara Israel, Hezbollah
Menurut Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, konflik tersebut memerlukan penyelesaian diplomasi dan bukan ketenteraan.

Diplomasi, pensijilan halal piawaian tinggi kukuh kedudukan Malaysia di dunia
Persekitaran industri halal Malaysia yang didukung sistem pensijilan halal berpiawaian tinggi telah mewujudkan rantaian diplomasi halal sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama ind

Biden, Putera Mahkota Arab Saudi bincang diplomasi perang Palestin-Israel
Kedua-dua pemimpin itu juga mengalu-alukan bantuan kemanusiaan dari Mesir ke Gaza.

Perjanjian nuklear: Iran komited kepada diplomasi, rundingan pelbagai hala
Iran sentiasa berusaha untuk mematuhi diplomasi dan menyumbang kepada rundingan bagi menyelesaikan isu nuklear.

Gelaran 'abang' beri impak bahasa diplomasi, tidak jejas dasar luar - Pakar
Cuma bahasa yang digunakan, menyebut 'abang besar' itu - ia satu pendekatan luar daripada norma diplomasi yang biasa.

Usir diplomat Korea Utara demi lindungi kedaulatan Malaysia - Hishammuddin
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu turut dibuat seiring Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.

Suga beri amaran pada China mengenai Laut China Selatan
Suga berkata visi Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka tidak menyasarkan negara tertentu, jadi Jepun boleh bekerjasama dengan mana-mana negara yang mempunyai pandangan sama.

Diplomasi vaksin: China, Indonesia sepakat lawan COVID-19 bersama
Oleh kerana persaingan dua hala mereka semakin sengit, Beijing dan Washington sama-sama berusaha mendapatkan sokongan di rantau Asia Tenggara.