KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.
ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob berkata, kesemua mereka juga dikatakan telah menerima surat tunjuk sebab atas tindakan itu.
"Kami telah berbincang dan lebih daripada bersedia (dengan sebarang tindakan). Apa pun keputusan dan mereka telah menerima surat tunjuk sebab dan akan dihadapkan ke pengadilan.
"Dan hari ini, memutuskan telahpun lebih awal keluar daripada UMNO kerana tahu dan juga kemungkinan akan dipecat atau digantung," katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu pada Selasa.
Malah ketika ditanya sama ada tindakan mereka ini ada kaitan dengan krisis atau usaha menolak Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, Yusof berkata, keputusan ini tiada kaitan dengan pergolakan tersebut.
"Tiada, ini adalah kerelaan kami. Cukup-cukuplah dengan krisis-krisis yang ada dan kita melihat jauh ke hadapan demi kestabilan politik, pembangunan dan rakyat Sabah.
"Rakyat tidak mahu ada krisis. Malah kita inginkan ialah kebajikan rakyat dan isu-isu melibatkan mereka seperti (harga barang turun, jalan rakyat) dan mereka mahukan pembangunan serta peluang pekerjaan," katanya.
BACA: Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Dalam perkembangan sama, Yusof berkata, beberapa lagi pemimpin UMNO akan mengumumkan keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat.
Difahamkan ia termasuk bekas ADUN Kemabong, Datuk Jamawi Jaafar.
"Akan banyak lagi gerakan-gerakan atau mereka yang menyertai (Gagasan Rakyat). (Mereka) akan keluar daripada kepompong lama untuk menyertai dan bersama-sama kita.
"Saya juga sebagai wakil jurucakap di sini untuk memaklumkan bahawa ramai lagi selepas ini (keluar)," katanya.
Mirlen Axtius
Tue Feb 21 2023

Yusof Yacob berkata, kesemua mereka juga dikatakan telah menerima surat tunjuk sebab atas tindakan itu. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

'Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.