KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata apa yang mereka mahukan adalah gencatan senjata yang berkekalan dan mewujudkan koridor kemanusiaan segera.
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin di Gaza dan pendudukan di Tebing Barat, sambil menambah bahawa rejim Israel tidak akan pernah menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin.
"Pagi ini, mereka menyerang Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki di sebelah Utara. Serangan Israel menyasarkan semua rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Mereka percaya bahawa satu-satunya rakyat Palestin yang baik adalah rakyat Palestin yang sudah meninggal dunia.
"Kerajaan (Presiden Amerika Syarikat) Joe Bidenlah yang sepatutnya menghalang (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu daripada membunuh penduduk Palestin yang tidak bersalah itu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai di Kedutaan Palestin di sini pada Rabu.
Kerajaan Israel dan Hamas pada Rabu bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama empat hari dengan Qatar sebagai pengantara.
Kementerian Luar Qatar berkata tempoh permulaan gencatan senjata itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam akan datang, tertakluk kepada pelanjutan.
"Kebimbangan utama Benjamin Netanyahu kononnya untuk membebaskan "tebusan". Tetapi saya (Walid) memanggil mereka tahanan bukan tebusan kerana terdapat 7,000 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel," katanya.
Beliau berkata apa yang menjadi persoalan mengapa hanya tahanan mereka sahaja penting, adakah ribuan rakyat Palestin yang ditahan itu tidak penting.
Duta itu menekankan bahawa manusia tidak boleh berpecah-belah dan mengapa rakyat Palestin diberikan layanan yang tidak adil oleh masyarakat antarabangsa sedangkan rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentang pendudukan Israel.
Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk mewujudkan koridor kemanusiaan yang selamat untuk penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi musim sejuk.
Walid menekankan bahawa hampir 1.5 juta rakyat Palestin dipaksa berpindah ke wilayah selatan Gaza, dan terpaksa berdepan cuaca buruk dan kehilangan tempat tinggal.
"Komuniti antarabangsa mesti memaksa Israel membenarkan koridor kemanusiaan dan membenarkan bantuan luar seperti ubat-ubatan, air, makanan, bahan api dan semua keperluan asas kemanusiaan ke Gaza," katanya.
Sekurang-kurangnya 14,128 rakyat Palestin telah dibunuh dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,500 wanita.
Selain itu, 218 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Tebing Barat.
Duta itu juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya menyalurkan sumbangan mereka kepada perjuangan Palestin melalui akaun bank yang sah yang diuruskan oleh Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dan bukan melalui pihak ketiga.
"Pada masa ini, Wisma Putra adalah satu-satunya entiti yang dibenarkan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Bulan Sabit Merah Mesir dan Bulan Sabit Merah Palestin," katanya.
Beliau berkata rakyat Malaysia yang prihatin juga boleh menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin di negara ini, khususnya pelajar yang terputus hubungan dengan keluarga di Gaza.
"Keluarga mereka tidak lagi boleh menaja mereka di Malaysia dan beberapa universiti telah memulakan projek untuk membantu pelajar Palestin yang menghadapi masalah kewangan," katanya.
Pada masa ini, terdapat 4,000 rakyat Palestin di Malaysia, termasuk 1,000 orang yang sedang melanjutkan pengajian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023

Walid Abu Ali menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin di Gaza. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.