"Hati Arshad sudah tidak mampu untuk terima bius...kesan bius itu boleh menyebabkan komplikasi yang berisiko tinggi untuk hati dia."
Itu nasihat doktor kepada Antashah Mohd Nor dan isterinya mengenai keadaan semasa anaknya, Arshad Imanshah Antashah, 15 bulan yang menderita penyakit Atresia Biliari (hati) sejak dilahirkan.
Bertanya situasi semasa Arshad, Antashah memulakan bicara dengan ayat yang meruntun jiwa.
"Ada nanah terkumpul di sepanjang saraf tunjang dia sampai ke bawah...Doktor kata its a sign.. keadaan Arshad semakin merosot..mungkin kena fikir dua kali untuk pemindahan hati," jelasnya.
Arshad memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 ringgit untuk membiayai kos rawatan pemindahan organ yang akan dilakukan di Hospital Universiti Singapura (HUS).
Walau sedar pembedahan itu memerlukan kos besar, Antashah terus berusaha untuk mencari dana dengan pelbagai cara selain menyatakan sanggup untuk memberikan sebahagian hatinya demi melihat melihat anak keduanya itu kembali sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Antashah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sedar risiko pembedahan itu selain berdoa, berharap dan berusaha dana pembedahan itu mencukupi sebelum segala-galanya 'terlambat'.
Menurutnya, jumlah setengah juta ringgit itu hanya kos pembedahan sahaja tidak termasuk dengan lain-lain rawatan susulan yang perlu dilakukan sebelum dan selepas pembedahan dilaksanakan.
Antashah sebelum ini mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan satu ruangan khas di Facebook (FB) yang diberi nama ‘Donate and Save Arshad Imanshah’ yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembedahan pemindahan hati berkenaan.
Ia turut dikongsi orang ramai di beberapa laman sosial lain seperti di Instagram dan Twitter.
"Kami minta Arshad discharged..Sebab kalau hendak teruskan dengan pembedahan kecil, risiko nyawa dia sangat tinggi.
"Sebab doktor risau hati Arshad yang sudah dianggarkan tinggal 20 peratus sahaja dan tidak mampu menahan bius pembedahan," jelasnya.
Bagaimanapun jelas Antashah, doktor juga tidak menolak sekiranya mereka mahu meneruskan dengan pembedahan.
"Doktor kata jika hendak teruskan dengan pembedahan itu..potongan kecil akan dibuat di bahagian tengah tulang belakang Arshad.
"Doktor akan ambil contoh nanah atau darah beku di sekitar tulang belakang dia," katanya.
Tambahnya, sampel itu akan dibawa ke makmal untuk dianalisis untuk mengetahui ubat antibiotik yang paling sesuai untuk merawat kesakitannya.
"Proses pembedahan kecil itu doktor tidak risau sangat..yang paling risau sekarang bius tu.. takut hati Shad (Arshad) tidak tahan.
"Kami perlukan masa untuk buat keputusan...jalani pembedahan atau tidak," ujarnya.
Tetapi sekiranya tidak kata Antashah, Arshad akan duduk di rumah dan bergantung kepada antibiotik yang belum tahu kesesuainya.
Antashah tidak menolak kemungkinan Arshad akan mengalami kesakitan kerana nanah atau darah beku itu tidak dapat dikeluarkan.
"Sekiranya sakit Arshad ini tidak diubati, tiada peluang untuk dia menjalani pemindahan hati.
"Sebab untuk buat pemindahan hati ini, dia tidak boleh demam dan ada sebarang jangkitan kuman," katanya.
Dengan nada sayu Antashah menyatakan doktor tidak memberi jaminan terhadap sebarang pembedahan yang mengancam nyawa Arshad itu.
Bagaimanapun jika pembedahan dilakukan kata Antashah, peluang itu dilihat masih ada.
"Kena buat pilihan, keputusan yang paling sukar dalam hidup kami...sama ada pasrah, berserah dan meneruskan pembedahan atau melalui akhir-akhir hujung nyawa Arshad di pangkuan kami.
Tambahnya, walaupun berat untuk membuat keputusan meneruskan pembedahan atau tidak, buat masa ini paling penting Antashah dan isterinya mahu menghabiskan masa gembira sepuas-puasnya bersama Arshad.
"Jadi kami ambil keputusan untuk bawa Arshad balik dahulu untuk sambut Aidilfitri bersama..." katanya mengakhiri perbualan.
Wan Syamsul Amly
Sun Jul 27 2014
Arshad Imanshah Antashah, 15 bulan
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Tiga tahun air mata ini untuk Arshad' - Antashah
Sambutan hari jadi ketiga untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit atresia biliari (hati) dan menjalani lima kali pembedahan sebelum ini,Arshad Imanshah tanda syukur terhadap kesihatannya selama ini.
'Tiga pilihan untuk masa depan Arshad' - Antashah
Antashah Mohd Nor kini di dalam dilema untuk memilih tiga pilihan yang diberi doktor di Hospital Sir Ganga Ram (SGRH) New Delhi demi masa depan anaknya.
'Arshad akan ke India jalani pembedahan hati kali kedua' - Antashah
Arshad Imanshah akan ke India pada Ahad ini untuk menjalani pembedahan hati semula selepas prosedur kali pertama pada 28 Oktober tahun lalu tidak mencapai kejayaan.
'Arshad perlu pembedahan pemindahan hati kali kedua' - Antashah
Keadaan kanak-kanak dua tahun yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah yang menjalani pemindahan hati 28 Oktober tahun lalu kini perlu melakukan prosedur itu semula.
Permulaan baru buat Arshad, kini dibenarkan keluar hospital - Antashah
Bayi yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah yang menjalani pembedahan hati di Hospital Universiti Singapura (HUS) Oktober tahun lalu kini dibenarkan keluar hospital.
Arshad cekal dengan hanya 10 peratus hatinya berfungsi - Antashah
Keadaan bayi 19 bulan yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah kini dilihat stabil walaupun denyutan jantung dan tekanan darahnya masih belum di peringkat memuaskan.
Sel hati tidak berfungsi, Arshad bertarung nyawa jalani pembedahan keempat
"90 peratus sel hatinya tidak berfungsi, Arshad kini terus bertarung nyawa menjalani pembedahan keempat."
Arshad terus berjuang selepas tiga kali pembedahan - Antashah
Bapanya, Antashah Mohd Nor berkata, semangat Arshad dilihat sangat tinggi walaupun kini diberi ubat tidur dengan dos rendah untuk menenangkannya.
Pembedahan Arshad lancar, kini dalam pengawasan rapi - Antashah
Arshad dan Antashah kini diharap segera sembuh selepas menjalani pembedahan 28 Oktober lalu.
Ada bakteria E-Coli dalam darah Arshad, doakan anak kami - Antashah
Bayi yang mengidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah kini diberi antibiotik paling kuat sebelum kira-kira 10 hari lagi dia dijadual memulakan pembedahan.