PERJALANAN menaiki kereta Proton Wira ke Kampung Tanjung Batu -- salah satu lokasi zon merah Ops Daulat yang dibuka kepada ketua keluarga dan petugas media untuk tinjauan pada Jumaat -- sebenarnya agak mendebarkan.
Walaupun rombongan berbelas-belas kenderaan yang pertama kali dibenarkan masuk ke zon merah ini dijaga oleh anggota keselamatan lengkap bersenjata, saya pasti perasaan wakil keluarga kampung ini tidak mungkin terlalu kebal untuk menitiskan air mata apabila sampai ke destinasi.
Masakan tidak, selepas menyelami kesedihan wakil penduduk Kampung Tanduo yang hancur kediaman mereka beberapa hari sebelumnya, dapat saya bayangkan keadaan Kampung Tanjung Batu tentu tidak jauh bezanya.
Terletak 40 kilometer dari pusat media di Felda Sahabat, pintu gerbang yang menyambut rombongan ini membayangkan banyak kisah sedih tersimpan kemas di kampung ini.
Kampung Tanjung Batu dijadikan destinasi "rehat dan rawat" oleh kumpulan pengganas Kiram selepas mereka menyusup keluar dari Kampung Tanduo setelah Operasi Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu. Selepas merasakan hilang cengkaman ke atas Kampung Tanduo, mereka menjadikan kampung ini sebagai tempat berlindung yang baru.
Kelonsong peluru bertaburan, membayangkan pertempuran sengit yang berlaku di sini. Bangkai ayam, kucing dan anjing turut kelihatan di beberapa halaman rumah yang ditinggalkan.
Sama seperti dalam filem perang, di hadapan saya sebuah kampung tinggal, segala-galanya hancur -- rumah terbakar dan dinding bersarang lubang akibat kesan tembakan serta mortar.
"Tidak sangka ini jadinya tapi setiap yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Kami redha dengan apa yang menimpa," kata Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.
Dia yang mengetuai kelompok tinjauan wakil keluarga sayu melihat kemusnahan kediaman yang dibangunkan hasil titik peluh lebih 35 tahun tinggal di kampung itu. Dia cuba menunjukkan ketenangan -- selayaknya sebagai seorang ketua -- tetapi dari raut wajahnya, jelas tergambar kesedihan yang tidak dapat ditahan-tahan.
Apakah yang harus dia khabarkan kepada anak-anak buahnya yang menunggu di penempatan sementara?
Di sebuah rumah kayu dua tingkat di Kampung Tanjung Batu, album kahwin berserakan di ruang tamu, bingkai gambar keluarga pecah di halaman, sofa berlubang di ruang tamu akibat kesan tembakan.
Sidang media Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Hamza Taib pada Jumaat mendedahkan penduduk Kampung Tanjung Batu boleh pulang ke kediaman yang tidak rosak teruk pada Sabtu, sehari selepas tinjauan kehancuran kampung itu sendiri.
Bagaimanapun di kalangan penduduk terlibat, mereka rasa sedikit keraguan. Bolehkah mereka berpindah semula pada saat hanya separuh kampung yang dijamin bersih daripada kehadiran penceroboh?
Walaupun dilaporkan hanya tinggal sedikit saja saki baki penceroboh -- katanya, 10 orang -- risikonya tetap ada. Trauma penduduk terhadap insiden pencerobohan dan pertempuran yang berlaku kemudiannya tidak mungkin hilang dalam masa 24 jam selepas dibenarkan balik ke kediaman masing-masing. Mustahil.
Saya kini tidak sabar untuk melihat kemusnahan Kampung Tanjung Labian yang dikatakan sudah 'dibersihkan' dan khabarnya akan dibuka semula untuk didiami pada Ahad.
Saya nampak seekor kucing kecil, putih warnanya. Kucing itu diam sahaja di tepi tangga kayu; di sebelahnya bingkai gambar seorang kanak-kanak dalam lingkungan 6 tahun -- mungkin itu potret tuannya.
Waktu saya menghampirinya, kucing itu mengiau perlahan dan menggesel badannya pada gambar budak itu. Gerak-gerinya menampakkan sudah lama sangat kucing itu tidak bermanja dengan tuannya.
Mungkin ngiaunya itu satu soalan: "Benarkah dia akan pulang esok?"
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 30 2013
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal - PBB
Orang ramai kini mula membersihkan sisa-sisa perang dan wujud kehidupan.
PGA tumpas kegiatan pemerdagangan orang di Pasir Mas
Hasil pemeriksaan di sebuah rumah PGA menjumpai dua lelaki dan empat wanita termasuk empat kanak-kanak disyaki warga Myanmar.
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Lebih 19 individu minat jawatan CEO ISN - Hannah
Pihaknya menerima lebih 19 permohonan untuk jawatan tersebut, melibatkan penjawat awam dan orang awam dari pelbagai latar belakang.
Angka kematian kebakaran hotel Turkey meningkat ke 76 orang
76 maut dalam kebakaran resort ski Bolu, Turkey. Pihak berkuasa jalankan ujian DNA, 9 individu ditahan. Punca kejadian masih disiasat
Trump mulakan penggal baharu, populariti 47 peratus
Seramai 47 peratus rakyat Amerika menyokong kepimpinan Donald Trump semasa beliau memulakan penggal baharu di Rumah Putih minggu ini, menurut tinjauan Reuters/Ipsos yang selesai pada Selasa.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Tinjauan, yang diadakan selepas pelantikan Trump, menunjukkan popularitinya lebih tinggi berbanding kebanyakan tempoh penggal pertamanya dari 2017 hingga 2021.
Qatar mahu PM kembali mentadbir di Gaza
PM Qatar menyeru Pihak Berkuasa Palestin kembali mentadbir Gaza selepas perang, menegaskan hanya penduduk Gaza berhak menentukan masa depan wilayah itu.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.
Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi
Terdapat segelintir penduduk yang enggan meninggalkan zon bahaya meskipun berdepan ancaman letusan besar.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.