Masam, berbau dan menyesakkan.
Itu gambaran tepat apabila menjejakkan kaki ke satu kawasan lapang di Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai Buloh, di mana kawasan itu dijadikan sebagai tempat pelupusan longgokan kicap oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Lebih teruk lagi apabila longgokan kicap yang sudah tamat tempoh itu mengeluarkan bau masam dan menyesakkan nafas lebih 200 penduduk kampung berkenaan.
Penduduk semakin berang apabila cecair kicap mula memasuki beberapa rumah mereka bila hujan lebat dan menyebarkan bau masam, sekali gus mencemarkan air di kampung itu.
Setiausaha Agung Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (PERKATA), Adzly Ab Manas mendakwa, beberapa lori kelihatan sering keluar masuk ke kawasan berkenaan bagi membuang kicap tamat tempoh itu menjadikannya umpama tempat pelupusan sampah.
"Cairan hitam mengalir masuk ke kawasan kampung dan masuk ke jalan raya dan rumah-rumah terutamanya waktu hujan. Dua hari lepas, hujan lebat dan air masuk ke dalam. Bukan sahaja pencemaran bau, malah mencemarkan tanah di kampung ini," katanya ketika ditemui semasa melawat ke kawasan longgokan kicap.
"Kita akan membuat laporan polis dan akan membuat aduan rasmi kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang mengenai masalah yang dihadapi mereka lewat kebelakangan ini," katanya.
Sebagai langkah awal, penduduk kampung akan bertindak menutup dua jalan masuk ke kampung berkenaan bagi mengelakkan aktiviti haram itu terus berjalan.
Sebagai penduduk, Kassim Ibrahim berharap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana bau kicap masam semakin mengganggu mereka.
"Kami sudah tidak tahan dengan bau masam dan pencemaran air yang berlaku ini. Apabila hujan sahaja, kami yang dapat bahananya," jelasnya.
Norsiah Mohd Ramli
Mon Oct 19 2015
Longgokan kicap yang sudah tamat tempoh itu mengeluarkan bau masam dan menyesakkan nafas lebih 200 penduduk kampung berkenaan.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
"Kami sudah tidak tahan bau masam kicap" - Penduduk
Penduduk semakin berang apabila cecair kicap mula memasuki beberapa rumah mereka bila hujan lebat dan menyebarkan bau masam, sekali gus mencemarkan air di kampung itu.