KUALA LUMPUR: Satu gerakan yang dikenali sebagai #KamiMalaysia dilancarkan bagi menuntut dan menawarkan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku dalam negara termasuk berkait dengan situasi politik dan pandemik COVID-19.
Gerakan yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, merentas fahaman politik serta pegangan ideologi itu menuntut sekurang-kurangnya sembilan pembaharuan yang bersifat overhaul politik.
Jurucakap #KamiMalaysia, Datuk Mohd Nizam Mahshar berkata, ia termasuk menuntut agar jemaah Menteri yang dilantik mestilah dalam bentuk yang kecil dengan portfolio yang perlu sahaja.
Selain itu, pelantikan bukan atas dasar keahlian dalam parti, sebaliknya kebolehan dan merit, selain mempunyai rekod yang bersih, tambahnya.
"Jemaah Menteri hendaklah mempunyai keberanian dan keikhlasan, dan dengan segera menubuhkan sebuah Majlis Khas Kecemasan Pemulihan Negara untuk menangani isu pandemik hari ini dan kesan-kesan lain kepada negara.
"#KamiMalaysia mencadangkan ahli-ahli majlis tersebut mestilah terdiri sepenuhnya daripada bukan kepimpinan mana-mana parti politik serta bukan ahli Dewan Rakyat, sebaliknya 100 peratus darioada kalangan figura berwibawa, teknokrat, profesional, akademia, pakar bidang, serta pemimpin gerakan sivil termasuk wakil-wakil pegawai kerajaan kanan dari sektor-sektor yang berkaitan, terutamanya Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam satu kenyataan.
Antara yang menyokong gerakan tersebut ialah Pengasas bersama Concerned Lawyers for Justice, Aidil Khalid; Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Fahami Ashrof Badaruddin; serta Presiden Persatuan Pengajar Kewartawanan Malaysia (MJTS), Profesor Datuk Ahmad Murad Merican.
Turut mendokong gerakan tersebut Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Seri Awang Sariyan; serta Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
BACA: Ismail Sabri mulakan tugas secara rasmi sebagai PM hari ini
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan Ismail Sabri sebagai PM ke-9
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata #KamiMalaysia turut menuntut agar semua ahli politik melaksanakan moratorium politik secara total.
"Moratorium politik yang berkesan tidak akan dapat dilaksanakan selagi kita tidak keluar dari kerangka politik yang berkisar kepada kepartian.
"Justeru proses pelantikan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri baharu seperti yang lazim diamalkan sebelum ini yang berdasarkan kepada perbincangan dalam kalangan parti-parti komponan dalam kerajaan, berkemungkinan bukanlah jalan keluar terbaik di saat pandemik ini, memandangkan proses perebutan kuasa akan sentiasa berlaku nanti.
"Tuntutan dan tawaran penyelesaian yang bersifat overhaul politik ini datangnya dari gabungan aktivis, akademia, rakyat akar-umbi, pimpinan perniagaan dan korporat, masyarakat sivil, pemimpin masyarakat dan belia, serta ulama serta kepimpinan agama," katanya.
#KamiMalaysia juga katanya yakin dengan adanya majlis yang tidak melibatkan ahli politik, mereka akan lebih fokus dan secara professional dapat menumpukan penyelesaian kemelut negara daripada sibuk berebut kuasa politik.
Katanya lagi, dasar dan polisi negara boleh ditentukan sepenuhnya secara profesional oleh pakar-pakar yang dilantik di dalam majlis tersebut.
"Bagi tujuan semak dan imbang, Jemaah Menteri mestilah meletakkan kepercayaan penuh kepada pakar-pakar tersebut dengan membentangkan cadangan-cadangan dari majlis tersebut untuk dibahaskan di Parlimen.
"Cabang kehakiman mesti terus dibiarkan bebas dari mana-mana gangguan, sebagai satu lagi semak dan imbang terhadap kedaulatan undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan.
Antara harapan dan tuntuan lain termasuk:
- Menyeru warga Malaysia untuk mengambil pelajaran dari episod kekalutan politik hari ini dan menggerakkan secara bersama satu gerakan warga Malaysia untuk merubah budaya politik dan sistem kepartian yang ada pada hari ini, ke arah mencari wakil-wakil rakyat yang benar-benar ingin memberi khidmat kepada rakyat dan negara dan bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata pada pilihanraya akan datang.
- Berharap gelombang kesedaran rakyat dapat dibina untuk mewujudkan muka-muka baharu dalam kepimpinan negara masa hadapan dengan meletakkan syarat ketat bahawa mereka adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai nilai, keilmuan, integriti, moral dan kredibiliti dan tidak terpalit dengan kes-kes mahkamah, aktiviti rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai skandal.
- Menyeru agar kesemua rakyat Malaysia dapat sama-sama menyokong naratif baharu politik dan kepimpinan agar dapat dibebaskan dari belenggu sistem kepartian sempit dan membawa budaya politik baharu berteraskan nilai dan integriti untuk kebaikan rakyat dan negara.
Hasimi Muhamad
Mon Aug 23 2021

Antara individu yang mendokong gerakan #KamiMalaysia - Gambar Website #KamiMalaysia

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

#KamiMalaysia cadang moratorium politik
Moratorium politik yang berkesan tidak akan dapat dilaksanakan selagi kita tidak keluar daripada kerangka politik yang berkisar kepada kepartian.

#KamiMalaysia dilancarkan, tuntut 9 pembaharuan termasuk barisan Kabinet yang kecil
Ia termasuk menuntut agar Jemaah Menteri yang dilantik mestilah dalam bentuk yang kecil dengan portfolio yang perlu sahaja.