Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Afandi Ahmad berusaha membawa dimensi baharu berkaitan perancangan strategik dan jenama universiti di UTHM.
Antara tindakan strategik yang diambil ialah dengan membentuk komuniti media baharu yang dikenali sebagai #KamiUTHM, seiring DNA kecemerlangan UTHM sebagai platform untuk melatih pelajar berfikir dan merancang secara strategik yang akhirnya akan berupaya melahirkan lebih ramai pelajar berprestasi tinggi dengan jenama UTHM.
Usaha berkaitan penjenamaan universiti adalah suatu usaha yang berterusan serta memerlukan kerjasama semua pihak.
Justeru, menerusi Komuniti Facebook KamiUTHM, pelbagai insiatif diambil dengan menjadikan komuniti tersebut sebagai wadah untuk membolehkan sesi coaching dilakukan serta mewujudkan komuniti yang sentiasa menyebarkan aura positif.
Dalam pada itu, pelbagai modul telah dijalankan dan akan terus dipergiatkan untuk meningkatkan daya fikir para pelajar misalnya dengan sesi coaching berkaitan pengurusan masa jam belajar pelajar (JBP), Zero Draft Resume, Personal Branding, Daya Tahan dalam Projek Sarjana Muda (PSM), Pengurusan Penyelidikan, Penyediaan Slaid Pembentangan dan pelbagai modul lain yang diketengahkan bukan hanya untuk pelajar prasiswah malah turut membabitkan pelajar pascasiswazah.
Kerangka KamiUTHM ini telah dilancarkan oleh Naib Canselor, Profesor Dr Wahid Razally, pada sesi Amanat Naib Canselor 2018 lalu yang membawa bertepatan dengan tema amanat, iaitu Transformasi Insan dan Ilmu.
'KAMI' merupakan akronim mewakili naratif DNA Kecemerlangan UTHM iaitu K- Rendah Karbon, A - Kampus Amal, M - Menepati Masa dan I- Budaya Ilmu adalah iltizam untuk menjadikan UTHM dan seluruh warganya terus cemerlang.
KamiUTHM juga didasari prinsip 'to learn and improve' serta 'giving is the communication'.
"Memberi bukan kerana pangkat dan nama, akan tetapi kita terus memberi kerana kita terlalu banyak menerima.
"Ahli komuniti KamiUTHM berpeluang menimba pelbagai ilmu untuk melengkapkan diri dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan diharapkan setelah berjaya kelak ke mana sahaja membawa jenama UTHM," ujar beliau.
Sistem sokongan KamiUTHM juga diharapkan dapat memberi pengalaman pembelajaran yang cemerlang dan kelak mereka itu akan kembali semula ke kampus untuk memberi.
Platform sebegini dikembangkan secara lebih meluas kepada komuniti di UTHM dalam mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi.
* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Mohd Zulfadli Rozali dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Suntingan oleh Suriayati Baharom.
** AWANI Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkogsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
*** AWANI Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Awani Rangers UTHM
Tue Mar 27 2018
![#KamiUTHM suntik DNA kecemerlangan UTHM #KamiUTHM suntik DNA kecemerlangan UTHM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71522136718_ProfMadyaAfandi.jpg)
Ini merupakan modul Zero Draft Resume yg dijalankan oleh Prof Madya Afandi Penolong Naib Canselor - Foto AWANI Rangers UTHM
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Februari 2025.
![IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739461001_ZambryAbdulKadir.jpg)
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458025_EmbajadadeCubaen.jpg)
Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.
![Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739459759_PelajarHilang.jpg)
Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu kira-kira jam 7.30 pagi.
![Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739457843_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
![Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732290158_TBaaaronago.jpg)
Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.
![Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
![Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458581_TuntutanPalsu.jpg)
Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.
AWANI Tonight | 13 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
![Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51529565181_UUMGeneric.jpg)
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
![Mengenali potensi anak-anak OKU Mengenali potensi anak-anak OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575956869_TBAWANIRANGERS.jpg)
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
![Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553050572_POLYCUISINEBAKERY.jpg)
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
![Lawatan akademik ke Pulau Mutiara Lawatan akademik ke Pulau Mutiara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553049431_MENEROKAIKEINDAHAN.jpg)
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
![Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553048930_TILAWAHALQURAN.jpg)
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
![Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553048494_BravoProject.jpg)
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
![Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019 Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551944413_PoliteknikMerlimau.jpg)
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
![Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551943550_TasikBiru.jpg)
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
![Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71551656527_UMPPolisiHijau.jpg)
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
![UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551152940_UMP.jpg)
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan