Kementerian Wilayah Persekutuan menyambut baik perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan supaya Kampung Baru dibangunkan demi kepentingan orang Melayu.
Ia sekaligus memberi gambaran bahawa pembangunan Kampung Baru kini berada pada landasan yang tepat.
Justeru, Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, segelintir pihak perlu menghentikan menggunakan sentimen Melayu, kononnya pembangunan Kampung Baru adalah merugikan.
“Jadi, sekarang ini Agong sudah sokong, Sultan Selangor pun sudah menyatakan sokongan.
“Lalu yang mana (pihak) nak gunakan semangat Melayu, saya harap tuan-tuan semua semak fakta. Ini bukan merugikan Melayu, tetapi menguntungkan mereka,” katanya, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Khalid berkata ketika ini Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PPKB) sedang giat memberikan penerangan kepada pemilik tanah berhubung skim pilihan tawaran.
Katanya, kebanyakan pemilik tanah memberikan respon positif mengenai tawaran tersebut dan pembangunan di Kampung Baru.
Sementara ditanya mengenai harga, Khalid berkata tiada sebarang perubahan pada tawaran harga dan ia muktamad pada RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi.
"Tidak menaikkan harga. Harga yang diberikan sememangnya sudah tinggi seperti yang disebut oleh pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
"Pihak mereka sudah meletakkan penilaian yang mana mereka meletakkan RM650 hingga RM850 tetapi saya telah mengatakan RM1,000 setiap kaki persegi dengan RM150 diberikan dalam bentuk saham," jelasnya.
Terdahulu, Seri Paduka pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Istana Melawati, Putrajaya memaklumkan kerajaan sedang berusaha membangunkan semula Kampung Baru menerusi pelan pembangunan yang telah dirangka dengan teliti.
Baginda berharap pembangunan semula Kampung Baru dapat direalisasikan dengan mengambil kira keutamaan hak dan kepentingan orang melayu memandangkan Kampung Baru adalah simbol penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur.
Hasimi Muhamad
Sat Feb 01 2020

Khalid berkata tiada sebarang perubahan pada tawaran harga dan ia muktamad pada RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kampung Baru: Agong sudah perkenan, henti guna sentimen Melayu - Khalid Samad
Khalid berkata tiada sebarang perubahan pada tawaran harga dan ia muktamad pada RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi.

Pajakan berbaki 50 tahun: Apa nasib kami? - Penduduk 'Kampung Congo'
Penduduk bimbang tempoh pajakan yang selama 99 tahun, yang kini berbaki lebih kurang 50 tahun lagi berakhir tanpa penyelesaian.