LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dengan kesan tetakan di kepala, leher serta tangan dipercayai dilakukan oleh rakan kepada bapa tiri mangsa di perumahan pekerja Felda Sahabat 50 dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, ibu dan bapa tiri mangsa yang juga warga asing serta pekerja am ladang di Felda berkenaan keluar bekerja dan meninggalkan mangsa bersama suspek lelaki terbabit berumur 33 tahun.
"Mayat mangsa ditemukan berlumuran darah dan terdapat kesan tetakan objek tajam pada bahagian belakang kepala serta bahagian hadapan dan belakang leher selain putus tapak tangan kiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Rohan Shah, pihaknya kini giat mengesan suspek warga Indonesia, dikenali sebagai Paulus Poka Lolo berbangsa Timor dan merupakan pekerja am di ladang sama.
"Suspek telah menghilangkan diri selepas kejadian dan motif kejadian masih dalam siasatan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Rohan Shah turut memohon kerjasama penduduk di sekitar Felda Sahabat untuk menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah ASP Kharuddin Hussain menerusi talian 013-9071709, bagi membantu mengesan suspek.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dengan kesan tetakan di kepala, leher serta tangan dipercayai dilakukan oleh rakan kepada bapa tiri mangsa di perumahan pekerja Felda Sahabat 50 pagi tadi. - Foto ihsan polis
[TERKINI] Lapan rumah rosak teruk, puting beliung, ribut landa Sekinchan
Sebanyak lapan buah rumah mengalami kerosakan teruk akibat kejadian puting beliung yang melanda kawasan Parit 4, Sekinchan pada pagi Khamis.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.
Ukraine yakin pergerakan positif kerjasama dengan AS
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy yakin wujud pergerakan positif dalam kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) yang boleh membawa kepada pertemuan lain antara kedua-dua pihak tidak lama lagi.
Larangan perjalanan baharu Trump sasar Afghanistan, Pakistan
Presiden Donald Trump dijangka menguatkuasakan larangan perjalanan baharu seawal minggu hadapan, yang boleh menghalang rakyat Afghanistan dan Pakistan daripada memasuki Amerika Syarikat.
Sumber menyatakan bahawa negara lain mungkin termasuk dalam senarai larangan tersebut, tetapi mereka tidak dapat memastikan negara mana yang terlibat.
Sumber menyatakan bahawa negara lain mungkin termasuk dalam senarai larangan tersebut, tetapi mereka tidak dapat memastikan negara mana yang terlibat.
Trump tangguh tarif Kanada, Mexico untuk sektor automotif
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan mengecualikan pengeluar automotif daripada tarif 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico selama sebulan, selagi mereka mematuhi peraturan perdagangan bebas sedia ada, menurut kenyataan White House pada Rabu.
Keputusan ini buat sementara waktu menghentikan kejatuhan terbesar Wall Street dalam tempoh hampir tiga bulan.
Keputusan ini buat sementara waktu menghentikan kejatuhan terbesar Wall Street dalam tempoh hampir tiga bulan.
Isu Gaza: Keselamatan makanan di Gaza makin kritikal - PBB
Penutupan semua laluan kargo ke Gaza baru-baru ini telah menjejaskan kemajuan penting dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stéphane Dujarric.
[TERKINI] Penyanyi ‘Bea Soba Bea’, suami dibebaskan tuduhan miliki pil yaba
Penyanyi lagu 'Bea Sobar Bea', Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail dan suami serta empat rakannya tiba dengan menaiki trak penjara di Mahkamah Wilayah Narathiwat, pada jam 9.10 pagi (waktu Thailand) untuk mengetahui keputusan berhubung dua pertuduhan yang dihadapi mereka.
Laporan lanjut, bersama wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad di Narathiwat, Thailand.
Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail dan suami serta empat rakannya tiba dengan menaiki trak penjara di Mahkamah Wilayah Narathiwat, pada jam 9.10 pagi (waktu Thailand) untuk mengetahui keputusan berhubung dua pertuduhan yang dihadapi mereka.
Laporan lanjut, bersama wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad di Narathiwat, Thailand.
Astro Audio ambil maklum kenyataan MCMC, tekad beri kerjasama
Astro Audio mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kandungan yang dimuat naik di akaun media sosial ERA.
Hina Islam: Jakim minta tindakan tegas diambil ikut undang-undang
Jakim telah membuat aduan rasmi kepada MCMC terhadap individu yang memuat naik kandungan mempersendakan agama Islam.
UMPSA mahu main peranan besar dalam Edu-tourism
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mahu memainkan peranan lebih besar dalam memperluaskan pelancongan dalam bentuk pendidikan.

Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat jadikan Sabah pengeluar terbesar - Mustapha
Lebih RM12 juta peruntukan diluluskan untuk projek hab itu di kawasan seluas 6,837.46 hektar ladang ternakan serta kawasan meragut.

Belum ada keperluan PKPD di Felda Sahabat - PJP Sabah
Sehingga keputusan saringan kesihatan diperolehi, pasukan keselamatan dan agensi bersama akan melipatgandakan kawalan.

Kami 'lapar' di sini
Catatan akhir wartawan Wan Syamsul Amly yang menamatkan liputannya di Lahad Datu, Sabah.

Semua mahu jadi Sarjan Hassan
Wan Syamsul Amly yang membuat liputan Ops Daulat di Lahad Datu meneruskan siri catatan pemerhatiannya. Kali ini, beliau bertanya: Siapa mahu jadi macam Buang dalam filem Sarjan Hassan?

Mee segera macam spageti
Wartawan Astro AWANI Wan Syamsul Amly yang kini berada di Felda Sahabat kongsi pengisian 'slow talk' antara beliau dan anggota yang dikenali sebagai Pok Din.

Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat'
Coretan wartawan Wan Syamsul Amly yang menjadi barisan hadapan Astro Awani bagi melaporkan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Kalau tak ada angin...
Wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly yang kini bertugas di Lahad Datu menceritakan pengalaman beliau di sana.

"Masanya sudah hampir tiba"
Catatan wartawan Wan Syamsul Amly yang ditugaskan membuat liputan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah yang kini dijangka masuk ke fasa hari-hari terakhir.