GERIK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kangsar - Gerik dekat Selat Pagar di sini pada Isnin.
Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Zara Khayla Khairil Azrul disahkan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kejadian itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Sienta dinaiki mangsa, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, lori tanpa muatan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier.
Menurut beliau, Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 41 tahun bersama penumpang wanita berusia 39 tahun dari arah Gerik ke Lenggong.
"Manakala lori dipandu lelaki berusia 33 tahun, SUV dipandu lelaki berusia 57 tahun bersama isterinya warga Vietnam serta MPV dinaiki wanita berusia 62 tahun dan penumpang berusia 65 tahun bersama tiga kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun dari arah bertentangan.
"Semasa tiba di lokasi kejadian, dipercayai pacuan empat roda terbabit telah hilang kawalan lalu melanggar ketiga-tiga kenderaan tersebut," katanya.
Zulkifli berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa yang juga penumpang tengah MPV terbabit meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.
"Lain-lain mangsa yang cedera dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong dan Hospital Gerik.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor R Kishen Raj di talian 011-26249291 bagi membantu siasatan.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 26 2024

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kangsar - Gerik dekat Selat Pagar, Gerik pada Isnin. - Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Peniaga didakwa pandu kereta laju, sebabkan kematian kanak-kanak perempuan
Seorang peniaga didakwa memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Kanak-kanak empat tahun hanyut ditemukan maut
Mayat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Putri Jimar dijumpai orang ramai tersangkut pada dahan kayu di sungai itu pada 8 pagi tadi kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

Hukuman penjara lelaki culik 2 budak perempuan ditambah kepada 36 bulan
Mahkamah Tinggi menaikkan hukuman penjara terhadap seorang peniaga goreng pisang kepada 36 bulan yang sebelum ini dipenjara 24 bulan atas kesalahan menculik dua kanak-kanak perempuan.

Budak perempuan maut disyaki didera, ibu dan ayah tiri ditahan
Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di muka, tangan, kaki dan badan mangsa dipercayai dicederakan dengan tangan atau kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul.

Pemandu lori didakwa tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual dengan memegang tangan, paha dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan.

Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.

Pemandu lori mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh Mohamad Zulazhar Ibrahim, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.