BALING: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata bilik gerakan operasi menerima laporan kejadian pada jam 7.08 pagi dan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Penyelamat Baling dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi Komander Operasi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dari Kelas B terbakar 90 peratus.
“Kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua pancutan air dari jentera bomba.
“Sebaik kerja pemadaman selesai, anggota menemui mangsa di dalam bilik tidur di tingkat bawah," kata Wan Mohd Hamizi.
Menurutnya, ketika ini kerja-kerja 'overhaul' sedang dilakukan bagi memastikan tiada punca api.
Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Nor Batrisha Razali berusia 12 tahun.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Feb 24 2023
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil, pagi ini. -JBPM
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran malaysia selaku pengerusi tahun ini.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini selaras dengan konsep integrasi dan kebersamaan, di mana kesemua negara anggota bekerjasama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi satu sama lain.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini selaras dengan konsep integrasi dan kebersamaan, di mana kesemua negara anggota bekerjasama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi satu sama lain.
Kanak-kanak 12 tahun rentung dalam kebakaran
Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Nor Batrisha Razali berusia 12 tahun.