KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera parah akibat digigit seekor kera di Kampung Melati, Jalan Jerat Cina di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Che Mohamad Harith Maliq Abdul Rahman mengalami luka teruk di bahagian kaki kanan, perut serta belakang badan akibat digigit haiwan liar terbabit.
Kesan gigitan itu menyebabkan mangsa dilaporkan menerima lebih 30 jahitan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra di sini.
Jiran, Che Hasmani Che Mat, 51, berkata, semasa kejadian dia sedang menyiapkan makan tengah hari sebelum mendengar jeritan kanak-kanak itu.
"Terkejut dengan bunyi tersebut saya keluar dari rumah dan melihat badan Che Mohamad Harith Maliq dipenuhi darah," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Ujarnya, ibu kanak-kanak terbabit, Norzila Mat Zin, 33, telah membalut anaknya dengan kain dan membawanya ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut Che Hasmani, berdasarkan cerita Norzila, semasa kejadian anak bongsunya itu dikatakan sedang menikmati cekodok di kawasan halaman rumah.
Katanya, ibu tunggal kepada dua anak itu kemudian meninggalkan anaknya sekejap untuk ke bilik air sebelum mendengar tangisan yang kuat.
"Jarak rumah kami hanya 30 meter. Kawasan ini berhampiran bukit, jadi kemunculan kera bukanlah luar biasa.
"Di sini terdapat lebih 30 ekor kera yang berkeliaran. Biasanya rumah Norzila sering menjadi perhatian haiwan liar tersebut kerana rumahnya paling hampir dengan semak," katanya.
Menurut Che Hasmani, anak bongsu Norzila kini ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Cubaan Sinar Harian untuk mendapatkan ibu kepada kanak-kanak tersebut gagal kerana dia tidak mempunyai telefon serta berada di dalam wad.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 23 2023
Kesan gigitan itu menyebabkan mangsa dilaporkan menerima lebih 30 jahitan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra. - Sinar Harian
Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.
Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.
Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.
Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.
Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.
Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.
107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.