PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata keadaan angin dan ombak yang kuat menyebabkan Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam gagal diselamatkan sebelum mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pada 6.30 petang oleh anggota penyelamat.
Beliau berkata siasatan awal mendapati keluarga mangsa dari Sendayan datang ke Port Dickson untuk bercuti rehat dan berkelah di pantai.
"Pada 4.15 petang, semasa ayah mangsa sedang duduk di bawah pokok, beliau ternampak dua anaknya berumur 10 dan 8 tahun yang sedang bermain di tepi pantai telah ditarik ombak.
"Kemudian ayah mangsa terus bergegas ke pantai untuk menyelamatkan dua anaknya tanpa menyedari mangsa yang berumur 6 tahun telah mengekorinya dari belakang turut ditarik ombak," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Aidi Sham berkata kanak-kanak itu kemudian diberikan rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 7.30 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021

Siasatan awal mendapati keluarga mangsa dari Sendayan datang ke Port Dickson untuk bercuti rehat dan berkelah di pantai. - Gambar/ Sinar Harian

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak lelaki hanyut jatuh longkang ditemui
Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Kota Tinggi ditemukan,

Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang diteruskan.

Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.

Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor.

Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.

Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.

Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.