KUALA TERENGGANU:Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat 15 di sebuah rumah pangsa di Kuala Terengganu hari ini.
Kejadian berlaku di Flat Ladang Gemilang Satu, di sini kira-kira jam 4 petang pada Ahad.
Mangsa Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul dipercayai terjatuh menerusi tingkap dari bahagian ruang tamu kediamannya.
Ketika kejadian ibu kanak-kanak terbabit dikatakan keluar untuk ke kedai berhampiran manakala mangsa sedang tidur.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Sementara itu lapor Bernama, ibu mangsa, Nurul Amelia Ali, 34 berkata beliau keluar sebentar ke kedai bersama anak bongsunya yang berusia empat tahun manakala mangsa ditinggalkan kerana sedang tidur bersendirian di ruang tamu ketika itu.
"Sebelum saya keluar beli makanan tadi, dia sedang tidur, jadi saya buka televisyen sebab selalunya kalau terjaga pun, dia akan menonton kartun sementara menunggu saya pulang dari kedai.
"Dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, saya terima panggilan telefon daripada suami yang memaklumkan tuan rumah menghubunginya mengenai insiden kanak-kanak terjatuh...namun ketika itu saya langsung tidak terfikir bahawa yang jatuh itu adalah anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HSNZ.
Nurul Amelia berkata beliau hanya menyedari kanak-kanak tersebut adalah anaknya apabila melihat pakaian mangsa.
Jenazah kanak-kanak itu akan dibawa balik ke rumah bapa Nurul Amelia di Kampung Batu Buruk, di sini untuk dikebumikan.
Nur Fazlizai Ali
Sun Oct 25 2020

Mangsa Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul dipercayai terjatuh menerusi tingkap dari bahagian ruang tamu kediamannya. - Foto Astro AWANI

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kanak-kanak enam tahun maut terjatuh dari tingkat 15 rumah pangsa
Kejadian berlaku di Flat Ladang Gemilang Satu, Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang pada Ahad.

Lelaki mabuk arak maut terjatuh flat
Mangsa datang ke pangsapuri berkenaan untuk bercuti di rumah rakan senegaranya dan mereka minum minuman keras di sebuah kedai berhampiran.