SEORANG kanak-kanak Malaysia berusia 3 tahun yang menetap di United Kingdom mencipta sejarah apabila dipilih menjadi ahli termuda untuk menyertai Mensa UK, iaitu persatuan masyarakat IQ tinggi antarabangsa.
Kanak-kanak itu, Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim diterima masuk menyertai persatuan berkenaan selepas mendapat skor kecerdasan minda (IQ) sebanyak 142 menerusi ujian Stanford Binet.
Skor berkenaan menyebabkannya tergolong dalam 0.3 peratus kanak-kanak genius di dunia, lapor Metro UK.
Ibu bapa Haryz iaitu Anira Asyikin dan Mohd Hilmy Naim, yang kedua-duanya mempunyai latar belakang pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kejuruteraan, tidak pernah menyangkakan anaknya itu mempunyai tahap kecerdasan minda yang luar biasa.
“Apabila kami menghantarnya ke pusat asuhan, kami diberitahu bahawa anak kami menunjukkan kebolehan yang luar biasa berbanding kanak-kanak lain.
“Kami diberitahu Haryz boleh membaca dengan lancar kesemua buku ceritanya,” jelas ibunya.
Menyedari kebolehan itu, Haryz kemudiannya dibawa berjumpa seorang pakar psikologi bernama Lyn Kendall, yang pakar dalam mengesan potensi kanak-kanak berbakat.
Jelas Anira lagi, dia ingin menyokong anaknya itu mencapai potensi sebenar.
“Kami berharap anak kami dapat mencapai potensi sebenarnya dan terus menyokong semua bidang yang diceburinya.
“Pada masa sama, kami tidak mahu meletakkan beban yang berat terhadapnya dan kami mahu dia dapat merasai pengalaman membesar seperti kanak-kanak normal yang lain,” kata Anira.
Tambah Anira, ketika Haryz berusia dua tahun, dia dan suaminya membuka saluran YouTube yang digelar Little Haryz, bagi memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain.
“Dia sama seperti kanak-kanak berusia tiga tahun yang lain. Dia sangat suka bermain, melukis dan juga menyanyi,” jelas ibunya.
Malah, kata Anira, anak lelakinya itu turut suka menonton rancangan kanak-kanak Story Bots dan Numberblocks.
Tambah Anira, anaknya juga suka bertanyakan soalan dan bercakap mengenai angkasa lepas dan membaca buku.
“Apa yang menariknya tentang Haryz adalah dia sangat suka membaca.
“Haryz juga tidak mengetahui bahawa dirinya itu seorang yang bijak pandai,” ujarnya.
Tambah Anira, dia berharap pemilihan anaknya menyertai persatuan itu menjadi batu loncatan untuk anaknya melangkah jauh dan mencapai kejayaan.
“Kami sangat teruja dan semestinya kami akan menyokong Haryz membina keyakinan diri supaya dia boleh memberikan sesuatu kepada masyarakat.
“Apa yang kami harapkan adalah kami dapat memberikan Haryz motivasi sepenuhnya untuk dia menimba ilmu.
“Perkara yang paling penting adalah kami mahu dia gembira dengan apa yang dia lakukan kerana kami sentiasa bangga dengan anak kami walau apa sekalipun pencapaiannya," kata Anira.
Agensi
Wed Jan 22 2020
Haryz Nadzim, 3, memiliki tahap IQ 142 dan menjadi ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global iaitu Mensa. -Foto Instagram @aniraasyikin
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Kanak-kanak genius Malaysia cipta sejarah jadi ahli termuda Mensa UK
Seorang kanak-kanak Malaysia berusia 3 tahun yang menetap di United Kingdom mencipta sejarah apabila dipilih menjadi ahli termuda untuk menyertai Mensa UK.
Pasukan Ancelotti sentiasa tewaskan saya! - Guardiola
City bangkit daripada kekalahan kepada Wolves dengan menewaskan Sheffield United 2-0 di laman sendiri dan berharap untuk meleburkan rekod cemerlang Ancelotti, malam ini.
Guardiola seorang genius - Ancelotti
City ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Liverpool selepas mengalami dua kekalahan dalam lima perlawanan terakhir tetapi Ancelotti tetap melihat Guardiola sebagai seorang pakar bola sepak.
Allahyarham JS Kevin yang ku kenali
Sehingga kini, saya tidak pernah menemui ciri-ciri 'genius' itu pada penggubah atau pencipta lagu yang lain.
Genius! Baru lapan tahun dah masuk universiti
Laurent berkata dia suka subjek matematik kerana skopnya begitu luas, selain mempunyai statistik, geometri dan algebra.
Adi Putra curi tumpuan di debat Sinar Harian
Adi Putra yang pernah menggemparkan negara dengan kepintaran luar biasa dalam subjek Matematik turut bertanyakan soalan kepada salah seorang pendebat iaitu Syed Saddiq.