Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan, Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel, berkata SAR dimulakan jam 8 pagi melibatkan 35 anggota.
Menurutnya, pasukan telah dibahagikan kepada empat kumpulan serta menggunakan lima buah bot.
"Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) turut dibuka di Jeti Pangkalan Bukit Garam.
BACA: Kanak-kanak disambar buaya ketika turun ke sungai bersama bapa

"Arahan tembak buaya berkenaan turut dikeluarkan kepada petugas Jabatan Hidupan Liar (JHL) jika terlihat haiwan tersebut.
"Lokasi pencarian meliputi tujuh kilometer persegi namun mangsa belum ditemui dan SAR ditangguh jam 4.30 petang," katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.
Menurutnya, SAR akan disambung pada jam 8 pagi, Jumaat.
Terdahulu, kira-kira jam 10 pagi Khamis, mangsa, Asmin Abdullah bersama ayahnya turun ke Sungai Kinabatangan untuk menurunkan perahu.
Ayah mangsa kemudiannya terdengar bunyi kocakan dari belakang dan sebaik berpaling, anaknya sudah disambar buaya.