KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil pemilik kereta yang didapati cuai dengan membiarkan dua kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui 'sunroof' (bumbung tembus cahaya) dalam keadaan kereta sedang bergerak di jalan raya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis telah mengesan perkara itu menerusi satu video berdurasi 29 saat yang dimuat naik melalui aplikasi X @anthraxxx781 dalam kejadian dipercayai berlaku di Jalan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, Subang Jaya.
"Kejadian dipercayai berlaku pada 12 Feb lepas di Persiaran Putra Perdana pada 3.23 petang yang dirakam melalui kamera papan pemuka kereta belakang. Siasatan mendapati pemilik kereta merupakan penduduk di Putra Heights," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kecuaian terhadap kanak-kanak dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.
Selain itu, tindakan saman juga akan diambil terhadap pemandu terlibat yang didapati tidak berhenti semasa lampu isyarat merah.
Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes terbabit untuk menyalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya melalui talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Polis akan memanggil pemilik kereta yang didapati cuai dengan membiarkan dua kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui 'sunroof' dalam keadaan kereta sedang bergerak di jalan raya. - Gambar hiasan/BERNAMA
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
Kanak-kanak keluar kepala melalui "sunroof", polis panggil pemilik kereta
Polis akan memanggil pemilik kereta yang didapati cuai dengan membiarkan dua kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui 'sunroof' dalam keadaan kereta sedang bergerak di jalan raya.
Polis kesan pemandu biar budak keluar kepala di 'sunroof'
Polis telah mengesan pemilik kenderaan yang bersikap cuai dengan membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui 'sunroof' kenderaan yang sedang bergerak.
Padah leka di 'sunroof', remaja maut rempuh palang besi
Remaja itu tidak sempat mengelak ketika kereta melalui palang besi yang dipanggil height clearance bar.