Muhammad Shahril Arsyad Mohd Rosbaidi, dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, namun pada usia lapan bulan, dia mengalami demam panas dan saraf kejang menyebabkan tubuhnya menjadi lemah.
Kini, pada usia tiga tahun, kanak-kanak istimewa itu longlai berikutan tulang lehernya lembut selain kaki dan tangannya seolah-olah lumpuh.
Ibunya, Sareha Ismail, 46, berkata harapannya adalah untuk melihat anak bongsunya itu berjalan seperti kanak-kanak seusianya dan memohon bantuan untuk membeli kerusi khas yang dapat memberi sokongan pada leher yang disyorkan doktor bernilai RM10,000.
"Hanya itu sahaja cara yang dicadangkan pihak fisioterapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pauh Badang di sini, hari ini.
Suri rumah itu berkata suaminya Mohd Rosbaidi Mohamad Nor, 48, hanya bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan namun beliau bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pihak kebajikan hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 030010498488760100013 atas nama Mohd Rosbaidi Mohamad Nor.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 10 2020

Muhammad Shahril Arsyad Mohd Rosbaidi, dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, namun pada usia lapan bulan, dia mengalami demam panas dan saraf kejang menyebabkan tubuhnya menjadi lemah. - Foto BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

"Alhamdulillah, selesai urusan faraid" - balu Abam Bocey puas hati keputusan mahkamah
"Alhamdulillah, selesai urusan faraid,". Demikian reaksi balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali yang menzahirkan rasa puas hati dengan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.