Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Ibrahim Mohd Rohni berkata mangsa, Wan Mohd Fahmi Wan Mohd Fadhli dikatakan dari Bachok untuk memancing bersama dua ahli keluarganya sebelum ketiga-tiga mereka mandi di lagun itu.
"Semasa kejadian mangsa seorang sahaja yang lemas dan mayatnya ditemui pada kedalaman 3 meter di dasar lagun oleh pasukan kami dengan bantuan unit skuba menerusi operasi carian di permukaan air menggunakan bot," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian pada 1.37 tengah hari.
Ibrahim berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindak lanjut dan telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.
--BERNAMA
