IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya telah menerima panggilan pada jam 5.06 petang tadi berkenaan kejadian tersebut.
Katanya, mangsa berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang, dipercayai lemas.
"Setibanya jentera di lokasi, kita terima makluman daripada saksi, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mandi manda hilang dan dipercayai telah lemas," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan, dengan 'surface searching' dilakukan bersama orang kampung merangkumi jarak 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.
Setakat ini, katanya, 10 orang terlibat dalam operasi SAR itu dengan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan juga telah digerakkan ke lokasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Kata Sabarodzi, mangsa berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang, dipercayai lemas. - Gambar hiasan/Unsplash

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.

Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.

Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.

Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.

Ribuan di utara Gaza tiada akses bantuan kemanusiaan, rawatan perubatan
Masyarakat antarabangsa dan institusi kemanusiaan dirayu untuk campur tangan bagi membolehkan pasukan Pertahanan Awam menjalankan tugas mereka.

22 terbunuh dalam serangan bom di utara Gaza
Wafa melaporkan beberapa serangan udara melanda kawasan kejiranan padat penduduk di Jabalia pada waktu malam, yang memusnahkan beberapa buah kediaman.

Latih amal, makluman kepada penduduk tindakan prabanjir - KP NADMA
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melaksanakan latih amal secara berkala sebagai persiapan menghadapi bencana banjir dan memastikan pemindahan penduduk dilakukan secara sistematik.

Tanah jerlus: SAR secara penyelaman terlalu berisiko - Bomba
Nor Hisham berkata perkara itu dirumuskan selepas selaman oleh dua penyelam skuba 4 pagi tadi tidak berhasil setelah hampir setengah jam.