Seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun dilaporkan hilang setelah ditinggalkan bersendirian oleh bapanya semalam di sebuah ladang kelapa sawit di Rapak Baru, Pantu, Sri Aman, kira-kira 140 kilometer dari sini.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, kanak-kanak yang dikenali sebagai Igih Ben itu didapati hilang dari pondok dia ditinggalkan selepas bapanya selesai membantu petugas Sarawak Forestry Corp (SFC) hari ini.
Difahamkan kanak-kanak itu mengikut bapa dan datuknya yang mengiringi petugas SFC untuk membuat kerja penandaan pada pokok dalam hutan bersebelahan ladang itu kira-kira satu kilometer dari pondok tersebut.
"Memandangkan laluan menuju ke pokok tersebut perlu melalui bukit yang curam, bapa mangsa telah meninggalkan anaknya di sebuah pondok kecil dengan hanya berbekalkan botol susu sebelum meneruskan perjalanan bersama datuk mangsa," menurut kenyataan itu.
Sekembalinya bapa mangsa ke pondok itu, dia mendapati anaknya tidak lagi berada di situ dan seorang penduduk yang kebetulan sedang menuai padi berdekatan kawasan itu mendakwa ada melihat kanak-kanak tersebut berjalan ke arah motosikal yang diparkir bapanya dalam jarak 200 meter dari pondok itu.
"Ekoran gagal menemui anaknya, bapa mangsa telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Sri Aman yang seterusnya memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman pada pukul 2.33 petang tadi," menurut kenyataan itu lagi.
Sehingga pukul 8 malam ini, gerakan mencari dan menyelamat melibatkan empat petugas Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman diketuai Pegawai Bomba Kanan II Chimiam Duyu, dua anggota polis dari Balai Polis Pantu serta 20 orang penduduk kampung masih gagal menemui kanak-kanak berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 04 2020
Difahamkan kanak-kanak itu mengikut bapa dan datuknya yang mengiringi petugas SFC untuk membuat kerja penandaan pada pokok dalam hutan bersebelahan ladang itu kira-kira satu kilometer dari pondok tersebut. - Gambar fail
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
#AWANIRingkas 28 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Januari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.
Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.
Subang hidung tersangkut, wanita 'melekat' pada kerusi
Seorang wanita menghadapi detik cemas apabila subang hidung yang dipakainya melekat pada kerusi sehingga terpaksa ke balai bomba Bandung untuk melepaskannya.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
Kebakaran: Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang - Rapid Rail
Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang dan kembali beroperasi pada jam 5.52 petang tadi selepas insiden kebakaran pada Khamis.
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas: 42 penumpang dikhuatiri maut, 28 terselamat
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.