AIR KEROH:Pasangan suami isteri yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia petang semalam di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, di sini direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi terhadap ibu kandung mangsa berusia 32 tahun dan bapa tiri berusia 38 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki dua kenderaan berasingan.
Semalam Astro AWANI melaporkan, pihak polis menerima panggilan daripada bapa tiri mangsa yang anaknya itu lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera ibu, ayah tiri
Siasatan pihak polis bagaimanapun mendapati, hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan, sebelum mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Untuk rekod, kisah kanak-kanak itu sebelum ini pernah tular pada Oktober tahun lalu apabila ibu angkat yang menjaganya sejak bayi terpaksa menyerahkan semula kanak-kanak malang itu kepada ibu kandungnya.
Kisah itu dikongsikan menerusi satu klip video di laman Facebook yang menunjukkan ibu angkat dan keluarganya menangis teresak-esak ketika mendakap kanak-kanak lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada ibu kandungnya.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Jan 30 2021

Kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki dua kenderaan berasingan. - Foto Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lemas dalam tong: 26 April sebutan semula kes kanak-kanak 7 tahun maut didera
Ia bagi menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa yang berusia 7 tahun.

Budak lemas dalam tong, pasangan suami isteri didakwa esok - Polis
Kedua-dua suspek itu dijangka akan didakwa atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak malang itu.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Reman ibu kandung, ayah tiri dilanjutkan
Lanjutan tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Polis sedang lengkapkan siasatan
Siasatan lanjut sedang dilakukan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan susulan.

JKM kemuka permohonan hak jagaan dua adik kanak-kanak lemas dalam tong esok
Permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.

"Umi akan selalu ziarah adik" - Ibu angkat
Norlida Abu Hassan, ibu angkat kepada kanak-kanak malang reda tidak dapat bawa pulang jeanazah untuk dikebumikan di Rawang, Selangor.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Terlalu awal untuk kaitkan kes dera - Polis
Polis berkata, berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kurang dari dua jam sebelum dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Bedah siasat temui pelbagai kesan kecederaan
Polis mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baharu dikesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.

Kerajaan akan segerakan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak - Rina Harun
Kerajaan akan menyegerakan pertambahan pengambilan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak dan Pegawai Akhlak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM ambil hak jagaan sementara dua adik kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera
JKM Melaka akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua beradik berkenaan.