BUTTERWORTH: Mayat kanak-kanak lelaki yang lemas ketika mandi laut dekat Jeti Nelayan Bagan Ajam, dekat sini, petang semalam, ditemui sekitar pukul 9.15 pagi tadi.
Mayat Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah, 11, ditemui nelayan yang turut menyertai operasi mencari bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Butterworth serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Nelayan terbabit, Mohd Shafizal Mohd Noor, 33, berkata, dia ternampak rambut di permukaan air dan mengesyaki ia adalah rambut mangsa lalu menariknya ke atas.
"Mayat tersebut terlekat pada tali pukat dan diselaputi selut. Keadaan mayat masih elok dan lengkap berpakaian dan kami memaklumkan penemuan itu kepada bomba," katanya.
Pegawai Kanan Bomba II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Butterworth, Muhammad Isharudin Ismail yang mengetuai operasi mencari sejak jam 5.45 petang semalam berkata, mayat mangsa ditemui nelayan di pesisiran pantai.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa arus kira-kira 500 meter dari tempatnya lemas.
"Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa, kami bersama anggota APM bergegas ke lokasi.
"Ketika ditemui tiada kesan kecederaan pada mayat mangsa serta masih lengkap berpakaian.
"Mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya.
Sementara itu, suasana pilu ketika mayat dinaikkan ke darat sebelum keluarga mangsa mengesahkan identiti mayat tersebut.
Keluarga mangsa yang ditemui tidak dapat menahan sebak dan enggan ditemubual.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad mengesahkan penemuan mayat mangsa.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jun 28 2022
![Kanak-kanak lemas ditemui 500 meter dari tempat kejadian Kanak-kanak lemas ditemui 500 meter dari tempat kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656386783_mayatbudaklemas.jpg)
Anggota penyelamat mengusung mayat Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah yang ditemui nelayan di Bagan Ajam, Butterworth pada Selasa. - Gambar ihsan JBPM
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
“Saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah”- YB Jerlun
Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah dengan mengekalkan subsidi, menaikkan harga padi, kekalkan kadar potongan padi semasa, salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan dan mengenal pasti orang dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739339164_tbMoU.jpg)
KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739344427_TBBAGINDAALTANTUYA.jpg)
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Kes bunuh: Mayat kanak-kanak di Pantai Leman disahkan anak bongsu suspek Kes bunuh: Mayat kanak-kanak di Pantai Leman disahkan anak bongsu suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724144128_mangsakelarditemui.jpg)
Kes bunuh: Mayat kanak-kanak di Pantai Leman disahkan anak bongsu suspek
Polis sahkan mayat kanak-kanak dijumpai di Pantai Leman, semalam sebagai anak bongsu kepada suspek yang membunuh isteri dan anak perempuannya.
![Mayat Lydia, kanak-kanak 4 tahun ditemui terdampar tepi laut Mayat Lydia, kanak-kanak 4 tahun ditemui terdampar tepi laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676207434_jumpamayattawau.jpg)
Mayat Lydia, kanak-kanak 4 tahun ditemui terdampar tepi laut
Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemukan terdampar di tepi laut Jalan Persisiran, di Tawau, hari ini.
![Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671276519_MangsakeForen.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa ke-24 tiba di Jabatan Forensik HSB
Mayat mangsa ke-24 yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebentar tadi.
![Mayat kanak-kanak 12 tahun ditemukan disumbat dalam bagasi Mayat kanak-kanak 12 tahun ditemukan disumbat dalam bagasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666076514_PARISMURDER.jpg)
Mayat kanak-kanak 12 tahun ditemukan disumbat dalam bagasi
Penduduk Paris dikejutkan dengan kes penemuan mayat seorang pelajar berusia 12 tahun di dalam sebuah kotak di hadapan sebuah pangsapuri.
![Dua individu tinggal mayat kanak-kanak akibat kemalangan bukan pasangan suami isteri - Polis Dua individu tinggal mayat kanak-kanak akibat kemalangan bukan pasangan suami isteri - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652603483_PDRM.jpg)
Dua individu tinggal mayat kanak-kanak akibat kemalangan bukan pasangan suami isteri - Polis
Pasangan itu telah ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor pada pukul 4.30 pagi dan polis menemukan dadah dalam kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan.
![Kanak-kanak lemas ditemui 500 meter dari tempat kejadian Kanak-kanak lemas ditemui 500 meter dari tempat kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656386783_mayatbudaklemas.jpg)
Kanak-kanak lemas ditemui 500 meter dari tempat kejadian
Mayat Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah yang ditemui nelayan masih elok dan lengkap berpakaian.
![Banjir: Mayat kanak-kanak ditemui di Bentong Banjir: Mayat kanak-kanak ditemui di Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640153447_mayatkanakkanakdi.jpg)
Banjir: Mayat kanak-kanak ditemui di Bentong
Mangsa dikeluarkan dari timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu.
![Mayat kanak-kanak lemas kejadian bot terbalik di Tenom ditemui Mayat kanak-kanak lemas kejadian bot terbalik di Tenom ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632406640_kanakkanaklemas.jpg)
Mayat kanak-kanak lemas kejadian bot terbalik di Tenom ditemui
Mayat kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas ketika sedang cuba menyeberang Sungai Padas ke rumahnya di Kampung Kalandos, Pangi dijumpai pada petang Khamis.
![Mayat anak perempuan anggota bomba ditemui di bawah runtuhan kondominium Miami Mayat anak perempuan anggota bomba ditemui di bawah runtuhan kondominium Miami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624656871_MiamiApartmentCo.jpg)
Mayat anak perempuan anggota bomba ditemui di bawah runtuhan kondominium Miami
Mayat yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang ditemui di bawah runtuhan bangunan itu.
![Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614503765_mangsahilang.jpg)
Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan
Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini semalam, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.