Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun kini terlantar koma sejak seminggu lalu selepas terjatuh ketika bermain permainan ‘inflatable bouncer’ di kediamannya di Persiaran Sungai Gelugor, George Town, Ahad lalu.
Akibat kejadian itu, Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa melalui dua kali pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian kiri dan kanan kepalanya.
Ibu kanak-kanak itu, Norsyaliza Yahaya, 32, anak bongsu dari dua beradik itu terjatuh dari ketinggian mencecah 10 meter dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.
Menceritakan peristiwa itu, Norsyaliza berkata dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan untuk kanak-kanak itu daripada sebuah syarikat katering di Kulim, Kedah.
Menurutnya, permainan itu dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada petang hari kejadian apabila anak lelakinya bersama sepupu bermain peralatan gelongsor itu.
“Peralatan itu dipasang terbalik. Apabila beberapa orang kanak-kanak naik ke atasnya, sekali gus ia jadi tak stabil,” kata Norsyaliza.
Berikutan kejadian itu, mereka membawa Ariel Rifqi ke hospital untuk rawatan sebelum doktor memaklumkan perlu melakukan pembedahan segera bagi membuang darah beku di kepalanya.
Katanya, selepas pembedahan di bahagian kanan kepala anaknya selesai, doktor kemudian memaklumkan terdapat masalah lain di bahagian kiri kepala mangsa menyebabkan satu lagi pembedahan terpaksa dilakukan.
Kata Norsyaliza, beliau kesal apabila alat permainan itu dipasang tanpa mengikut piawaian ditetapkan kerana tidak diikat dengan tali sekali gus menyebabkannya mudah terbalik.
Katanya, satu laporan polis turut dibuat selepas kejadian itu.
Astro Awani
Sat Apr 29 2017
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun kini terlantar koma sejak seminggu lalu selepas terjatuh ketika bermain permainan inflatable bouncer di kediamannya di Persiaran Sungai Gelugor. -Gambar hiasan
Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak
Pasukan tersebut berdepan kesukaran kerana lubang benam itu yang kini sepanjang sebuah kolam renang Olimpik, terus melebar sejak 28 Januari.
#AWANIRingkas 2 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 2 Februari 2025
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.
Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi ini.
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Kanak-kanak lima tahun koma tercampak dari 'inflatable bouncer'
Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq mengalami kecederaan di bahagian kepala dan terpaksa melalui dua kali pembedahan bagi membuang darah beku.