Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Taman Sahabat, Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam tadi.
Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau selepas akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.
Mangsa bersama beberapa kanak-kanak lain dikatakan sedang bermain kejar-mengejar semasa kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam itu.
Lori tersebut, yang membawa muatan ikan, gagal mengelak lalu melanggar mangsa yang secara tiba-tiba berlari ke tengah jalan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jafri Mohd Zain berkata, siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kanak-kanak terbabit melintas jalan secara tiba-tiba sebelum dirempuh lori berkenaan.
Tambahnya, polis juga telah menahan pemandu lori berusia 32 tahun untuk tindakan lanjut.
Lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian air kencing ke atasnya juga negatif.
Kes disiasat di dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Fri Jun 08 2018
Kanak-kanak tersebut maut dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
HBP cari waris dua mayat tidak dituntut
Pihak HBP telah cuba mengesan ahli keluarga dan waris mayat termasuk ke alamat terakhir namun gagal menemukan mereka.
Pengendali jet ski mati lemas selepas selamatkan pelanggan
Mangsa mati lemas selepas bantu dua pelanggannya terjatuh ke dalam laut ketika menunggang jet ski.
Penunggang motosikal maut badan terputus dua dalam kemalangan
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di jalan bertingkat Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung, petang Jumaat.
Keracunan makanan: 57 penuntut Politeknik Balik Pulau stabil
57 pelajar Politeknik Balik Pulau yang mengalami keracunan makanan dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Balik Pulau.
Kanak-kanak lima tahun maut dilanggar lori ikan
Kanak-kanak tersebut maut dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.
Tahanan lolos, lapan anggota polis direman empat hari
Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Georgetown.
Janin bayi lelaki ditemui tersangkut di jeriji besi loji kumbahan
Janin itu ditemui oleh seorang pekerja syarikat tersebut kira-kira jam 12.20 tengah hari ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di loji berkenaan.
Kanak-kanak empat tahun maut digilis kereta ibu
Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan Hospital Balik Pulau (HBP) selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.