JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di bandar raya ini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima pada jam 6.30 petang.
Menurutnya, kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya yang turut membawa anak bongsu berusia empat bulan untuk mengambil anak perempuan sulung berusia 11 tahun dari sekolah.
Katanya, sejurus pulang dari mengambil anak di sekolah, suri rumah berusia 32 tahun itu mendapati anaknya yang berusia lima tahun tiada di rumah.
"Kanak-kanak itu telah dijumpai di aras enam kondominium tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
"Pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan kanak-kanak malang tersebut telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Raub berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Tambahnya, wanita terbabit telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 25 2024

Kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya yang turut membawa anak bongsu berusia empat bulan untuk mengambil anak perempuan sulung berusia 11 tahun dari sekolah. -Gambar hiasan

Cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu hanya dikenakan jika disediakan di luar premis yang diluluskan
Cukai perkhidmatan hanya dikenakan sekiranya perkhidmatan kesihatan bersekutu disediakan di luar premis yang telah diluluskan pengecualian cukai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.