Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula-gula jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar, Labuan pada malam Rabu.
Ketua Polis Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Labuan oleh ibunya, namun disahkan meninggal dunia.
"Mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas setibanya di bahagian kecemasan Hospital Labuan kira-kira jam 10 malam.
"Menurut ibunya, terdahulu mangsa telah meminta gula-gula dan terus memasukkannya ke dalam mulut, sebelum ibu kanak-kanak itu sedar dia sukar bernafas," katanya di sini.
Muhamad Farid berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kejadian tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020
Mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas ketika dirawat di Hospital Labuan. Gambar hiasan
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Agensi Makanan Singapura kesan ubat kuat tadalafil dalam gula-gula
Produk yang dipasarkan di pelbagai platform e-dagang itu didakwa sebagai gula-gula yang memberi kesan kepada peningkatan seksual laki-laki.
Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang, Jakim keluarkan kenyataan
Kelihatan 'gelatin babi' tersenarai selain bahan-bahan lain yang biasa digunakan bagi pembuatan gula-gula.
Duit dapat, gula-gula pun dapat, jimat bagi duit raya
Lebih jimat dengan hanya dibungkus dalam plastik aiskrim namun bungkusan jadi cukup kreatif.
Sesiapa sahaja jadi PM nanti, boleh tawar agenda reformasi - Shahril Hamdan
Shahril berkata, tawaran yang dikemukakan semalam, biarpun ada asasnya, tetapi orang akan melihatnya dengan niat dan tujuan yang salah.
Disangka dadah, rupanya hanya gula-gula
Dadah jenis esctasy yang dirampas minggu lepas itu, berkemungkinan hanya gula-gula berwarna merah muda dalam bentuk serbuk.
Kanak-kanak meninggal dunia tercekik gula-gula jeli
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula-gula jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar pada Rabu malam.
Tiada permohonan halal dari pengimport gula-gula White Rabbit
Pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan tersebut, yang akhirnya dapat menghentikan polemik berhubung status halal gula-gula berkenaan.
Tindakan tegas jika gula-gula 'ghost smoke' ada nikotin
Penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang dan aktiviti penjualan hanya boleh dilakukan oleh ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.
Ghost Smoke mampu menjadi wabak sosial
MBM menzahirkan rasa bimbang melihatkan gejala ghost smoke ini berpotensi menjadi wabak di kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini.
TPM Wan Azizah mahu penjualan 'Ghost Smoke' dihentikan segera
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula 'Ghost Smoke' yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera.