LANGKAWI: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) sebelum kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum dekat sini, pada Selasa lalu dikatakan belajar cara memandu melalui YouTube.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, perkara itu dinyatakan kanak-kanak itu yang mendakwa tahu cara membawa kereta dengan melayari YouTube dan mengamati cara pemanduan bapanya.
Shariman berkata, siasatan turut mendapati tiada simulator digunakan untuk berlatih memandu di rumah kanak-kanak itu.
"Mengenai video tular mendakwa kanak-kanak tersebut berlatih menggunakan simulator di rumah, siasatan pihak polis mendapati tidak ada simulator di rumahnya.
"Gambar tular tersebut bukan gambar kanak-kanak yang memandu kereta Vios sehingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, setakat ini pihak polis telah merakam keterangan daripada ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.
"Selain itu lima individu lain yang merupakan saksi kejadian juga telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
"Mereka terdiri daripada tiga saksi di tempat kejadian, datuk kanak-kanak itu dan seorang lagi anggota polis yang tiba di tempat kejadian," katanya.
Menurut Shariman, kanak-kanak tersebut juga akan dirujuk kepada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (Child Interview Centre - CIC) di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah untuk mendapatkan keterangan menyeluruh.
Beliau berkata, kertas siasatan hampir siap dan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri di Alor Setar sebaik pihak polis menerima laporan perubatan daripada hospital.
Sebelum ini media melaporkan, dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada jam 11.15 malam Selasa.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia enam tahun mengalami kecederaan luka di bahagian dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kemudiannya, kejadian itu dikaitkan dengan unsur mistik sebelum dinafikan pihak polis yang mengesahkan kanak-kanak itu tahu cara mengendalikan kereta.
Selepas itu, tular pula video mengaitkan seorang kanak-kanak lelaki bermain simulator kereta lumba adalah kanak-kanak sama memandu kereta di Langkawi sebelum dinafikan sendiri ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 13 2023

Dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak pandu kereta belajar dari YouTube
Siasatan turut mendapati tiada simulator digunakan untuk berlatih memandu di rumah kanak-kanak itu.