Seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun terperangkap di dalam mesin basuh dobi layan diri di Larkin Perdana di sini, petang tadi.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohd Kamil Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.38 petang.
Katanya, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak itu.
"Sebelum kejadian, mangsa dipercayai bermain bersama rakan yang lain di dalam kedai tersebut. Mangsa sendiri yang masuk ke dalam mesin itu tetapi pintu ditutup oleh rakannya.
"Perkara disedari oleh orang dewasa yang lain apabila mahu menggunakan mesin basuh di kedai tersebut.
"Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan rescue tool dengan memotong kunci pada penutup mesin basuh tersebut. Pihak bomba mengambil masa lebih kurang tiga minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya.
Menurut Mohd Kamil, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Tiada maklumat mangsa yang diperolehi. Mangsa masih dalam trauma dan terus berlari balik ke rumah," tambahnya.
Shahrul Hassan
Sat May 25 2019
Anggota bomba memangku mangsa selepas kanak-kanak itu diselamatkan. - Ihsan JBPM
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA
Menurut Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, untuk memastikan kekejaman ini tidak berulang, komuniti antarabangsa mesti memastikan perkara ini tidak berulang.
Dzulkefly belum lulus cadangan WBB
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Waktu Bekerja Berlainan (WBB) merupakan usaha berterusan penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas-petugas KKM.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
Hamas hargai sokongan Malaysia sokong perjuangan Palestin
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain. Negara-negara itu termasuk Turki, Algeria, Indonesia, China dan Rusia.
Polis buru tahanan larikan diri di Tangkak
Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah pada 1.30 tengah hari semalam.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
'Tindakan tak masuk akal sumbat tilam dalam mesin pengering'
Lelaki dan wanita itu dilihat menggulung tilam dan memasukkan ke mesin pengering meskipun menyedari ia tidak dapat memuatkannya.
Wanita ditikam di kedai dobi layan diri
Insiden menyebabkan wanita berusia 31 tahun berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi mendapatkan rawatan.
Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri
"Cuba bayangkan kalau mangsa itu adalah ibu kamu sendiri yang direntap." - Hakim
PKP 2.0: Orang bujang merungut, dobi layan diri akhirnya dibenar beroperasi - Ismail Sabri
Waktu operasi kedai dobi layan diri bermula dari 6 pagi sehingga 8 malam.
Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi
Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun, didakwa telah melemaskan haiwan tersebut di dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri di Kepong sekitar jam 5.30 pagi.
Kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh dobi layan diri
Kanak-kanak berusia 9 tahun itu dipercayai sedang bermain bersama rakannya apabila dia sendiri masuk ke dalam mesin basuh itu.
Bayi berusia 5 hari dibiar kelaparan, dibuang dalam mesin basuh
Polis dan pasukan paramedik yang dimaklumkan tentang penemuan itu berkata bayi itu sihat namun dalam keadaan yang sangat lapar.
Bunuh kucing di dobi: Suspek terakhir direman
Suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan polis di Seri Kembangan malam tadi selepas melarikan diri selama hampir sebulan.
"Mesin basuh bukan untuk basuh manusia" - Pemilik dobi layan diri
Satu laporan polis telah dibuat namun ia hanya bertujuan bagi tuntutan insurans dan bukan sebagai pertuduhan terhadap keluarga mangsa.
Awas pengusaha dobi ingkar!
Larangan dan amaran itu bertujuan membanteras penggunaan LPG bersubsidi yang juga selama ini menyumbang kerugian kepada kerajaan.