KOTA BHARU: Kanak-kanak empat tahun yang tertelan dadah jenis Methamphetamine sudah kembali meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Menurut ibunya, keadaan anak lelakinya itu kini sudah bertambah baik apabila sudah mula makan, berjalan dan telah memulakan aktivitinya seperti kanak-kanak lain.
"Alhamdulillah, anak saya sudah pulih. Saya sangat bersyukur, dia sudah mula berjalan dan makan seperti biasa. Dia juga dah mula aktif seperti biasa," katanya.
Tambah wanita berusia 36 tahun itu, keadaan anaknya nampak bertambah baik sejak keluar daripada hospital selepas mendapat pemantauan rapi doktor di unit rawatan rapi Wad Kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Kuala Krai, di sini.
Sebelum ini, kanak kanak itu dilaporkan hanya dapat membuka mata, menggerakkan kaki dan tangan untuk merespon selepas seminggu dimasukkan ke Hospital HRPZ II.
Kanak-kanak berkenaan mendapat perhatian umum selepas dikatakan tertelan benda terlarang itu ketika bersama bapa sepupunya pada 18 Jun lepas.
Mangsa sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dadah dikesan berada dalam darah dan badannya serta terpaksa bergantung kepada alat bantuan penafasan pada awal mendapat rawatan di hospital.
Susulan itu juga, bapa sepupunya dituduh di Mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana mendedahkan kanak kanak berkenaan kepada dadah tersebut.
Mahkamah Sesyen pada 28 Jun lepas turut menjatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 180 jam serta bon kelakuan baik.
Tertuduh didakwa atas satu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Vivi Sumanti
Sun Jul 17 2022

Ibu kepada kanak-kanak empat tahun yang tertelan dadah jenis Methamphetamine berkata, anaknya sudah kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Kanak-kanak tertelan dadah pulih sepenuhnya
Kanak-kanak lekaki itu sudah mula jalani aktiviti seperti rakan sebaya.

Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.

Kanak-kanak tertelan dadah masih tidak stabil
Bukan diabaikan, sebaliknya, keluarga kanak-kanak malang itu dihimpit pelbagai kekangan termasuk ibunya yang mengidap kanser payudara tahap empat.