KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini, hari ini.
Mangsa yang lemas dikenali sebagai Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan, 8, manakala seorang lagi mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Muhammad Riqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang dan tiba di lokasi pada 5.08 petang tadi.
Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai dihanyutkan air di dalam longkang dianggarkan sedalam 1.22 meter.
"Ketika ini bomba sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang masih hilang," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023

Anggota JBPM membawa keluar mayat seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai mati lemas selepas bermain dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang Jaya, malam ini. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kanak-kanak 10 tahun ditemukan lemas, seorang masih hilang - Bomba
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dipercayai hanyut dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, hari ini.