PASIR SALAK: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terperangkap dalam kereta yang terbabas ke dalam tali air di Kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah di sini pada Khamis.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, kanak-kanak berusia lima tahun terbabit menaiki kereta jenis Honda City dipandu ibunya bersama seorang adik perempuan berusia empat tahun dalam perjalanan dari Kampung Gajah menghala ke Seberang Perak.
Setibanya di tempat kejadian, kereta terbabit hilang kawalan dipercayai kerana mengelak lopak air sebelum terbabas ke dalam tali air yang kedalaman lebih tiga meter.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah, Megat Mohd Dahari Megat Jamaludin berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 5.19 petang.
"Maklumat awal diterima terdapat tiga mangsa dalam kenderaan itu, dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang awam yang kebetulan berada di lokasi.
"Bagaimanapun terdapat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai masih terperangkap dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Khamis.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa bersama kenderaan itu sedang giat dilakukan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan.
Menurutnya, operasi ketika ini berdepan kesukaran kerana keadaan hujan menyebabkan arus air agak deras.
"Langkah awal, kita sudah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menutup laluan air bagi memberi laluan operasi dijalankan dalam keadaan selamat.
"Setakat ini, mangsa bersama kenderaan terlibat masih belum dijumpai," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Mar 17 2022
Operasi mencari dan menyelamat mangsa bersama kenderaan itu sedang giat dilakukan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan. - Gambar/ Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
Kanak-kanak 5 tahun dikhuatiri lemas kereta terbabas dalam tali air
Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terperangkap dalam kereta yang terbabas ke dalam tali air di Kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah di sini pada Khamis.
Kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai Felda Jengka 4
Muhammad Abdullah disedari tiada di tempat duduk kereta pada 1 tengah hari, kira-kira 15 minit selepas bapanya meninggalkannya.