JOHOR BAHRU: Penderitaan seorang kanak-kanak yang didera bapa kandung dan teman wanita lelaki itu sejak enam bulan lalu berakhir apabila disedari jiran sebelum diselamatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.
Pengasas Pertubuhan Kebajikan Komuniti Johor, M Caren Nantheny, 46, berkata, budak lelaki berusia lapan tahun itu tinggal bersama bapa kandung dan teman wanitanya masing-masing berusia 43 tahun bersama anak wanita itu yang berusia tiga tahun.
"Mangsa tinggal bersama mereka di rumah flat di Taman Pulai Jaya, Skudai di sini sejak bapa kanak-kanak ini berpisah dengan ibu kandungnya pada 2021. Ibu bapa kandung budak ini berasal dari Klang, Selangor dan bapanya yang berkerja sebagai pemandu van kilang melarikan mangsa ke Johor Bahru selepas bercerai.
"Kejadian dera terhadapnya terbongkar selepas seorang warga asing datang ke rumah mangsa pada malam Khamis untuk menumpang barang basah di peti ais mereka. Pada masa itu warga asing itu ternampak mangsa dalam keadaan bogel, menggigil dan tidak bermaya dalam bilik air.
"Melihat seperti ada yang tidak kena, warga asing tersebut memaklumkan apa yang dilihatnya kepada jiran sebelum jiran terbabit menghubungi kami," katanya ketika ditemui selepas melawat kanak-kanak berkenaan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Selasa.
Beliau berkata, susulan itu jiran berkenaan atas saranan pihaknya dan Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada Jumaat sebelum pasangan tersebut diberkas pada hari yang sama.
Katanya, kanak-kanak berkenaan kemudian dihantar ke HSA pada Jumaat untuk pemeriksaan kesihatan dan masih dirawat sehingga kini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai, N Bathmarajan, 55, berkata, semasa menerima aduan, pihaknya pergi ke rumah kanak-kanak itu untuk melihat keadaannya tetapi gagal sebelum menghubungi polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati terdapat kesan lebam dan terbakar termasuk parut lama pada tubuh mangsa.
"Semasa diselamatkan dalam keadaan bogel, terdapat kesan luka serta tapak kakinya cedera hingga sukar bergerak.
"Kita percaya berdasarkan cerita kanak-kanak terbabit, dia sudah didera lebih daripada enam bulan. Dia beritahu ibu kandungnya selepas diselamatkan, dia tidak sanggup lagi didera. Kanak-kanak itu mendakwa sering dikurung kerana selalu keluar rumah dan nakal," katanya.
Bathmarajan berkata, sebelum diselamatkan, jiran mendakwa sering mendengar mangsa menjerit.
"Mangsa juga dibiarkan tidak bersekolah. Apabila ditahan polis, bapa dan kekasihnya saling tuduh-menuduh.
"Berat badan mangsa juga susut mendadak daripada 55 kilogram (kg) kira-kira enam bulan lalu dan semasa diselamatkan hanya seberat 29 kg," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan dua individu terbabit sudah direman bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 17 2023
Kanak-kanak berkenaan kemudian dihantar ke HSA pada Jumaat untuk pemeriksaan kesihatan dan masih dirawat sehingga kini. - Gambar/ Sinar Harian
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Keputusan representasi gadis tekap sudu panas pada kanak-kanak tangguh lagi
Keputusan representasi gadis yang didakwa menekap sudu panas pada kanak-kanak ditangguh lagi.
Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.
Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun
Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun sejak Ogos lalu.
Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.
Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman
Dua pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja di sini yang disyaki terbabit kes penderaan dua beradik direman enam hari bermula hari ini.
Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu
Polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.
Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.