KULAI: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang mengadakan sesi dialog bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntukan undang-undang mengenai perkongsian kandungan berunsur lucah di negara ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata langkah itu bagi memastikan pihak penyedia platform termasuk Telegram, WhatsApp dan Facebook faham serta jelas bahawa perbuatan itu dilarang dan jika sabit kesalahan pengguna aplikasi boleh dikenakan tindakan.
"KKD akan adakan dialog dengan semua penyedia platform untuk menasihatkan dan mengingatkan mereka bahawa undang-undang di Malaysia terhadap unsur-unsur seperti ini tidak boleh ditoleransi... dan satu perjumpaan akan diadakan dalam masa terdekat.
"Sesiapa yang menghantar kandungan bersifat lucah, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kita mahu semua penyedia platform memahami isu ini kerana aduan sebegini (sebar kandungan berunsur lucah) adalah yang paling kerap diterima," katanya kepada pemberita selepas menonton filem Anwar: The Untold Story di TGV AEON Mall Kulaijaya di sini malam tadi.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian ketika mengulas mengenai kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.
Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilapor berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kewujudan akaun Telegram terbabit.
Berhubung dakwaan terdapat pihak mensabotaj filem Anwar: The Untold Story dengan mengurangkan slot tayangan, Teo berkata KKD akan menjalankan siasatan lanjut sama ada tuduhan tersebut benar atau sebaliknya.
"Setakat ini saya tidak dapat apa-apa maklum balas daripada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), kita akan siasat namun saya percaya jika ramai penonton berminat dengan filem ini, semakin banyak panggung akan tayangkan filem ini," katanya.
Ahad lepas, dilaporkan produksi filem berkenaan mendakwa sesetengah pawagam melakukan sabotaj terhadap tayangan naskhah biopik yang memaparkan kisah perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Susulan itu, semalam Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) yang dianggotai operator pawagam di seluruh negara menafikan dakwaan itu dan menyatakan pihaknya tidak pernah meminggirkan mana-mana naskhah tempatan, malah sentiasa memberi sokongan terhadap perkembangan industri perfileman negara.
Mengulas mengenai Anwar: The Untold Story, Teo berkata filem tersebut boleh memberi inspirasi kepada golongan muda kerana mengisahkan perjuangan dan falsafah Perdana Menteri ke-10 yang tidak berputus asa sepanjang dalam tempoh karier politiknya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Teo Nie Ching berkata langkah itu bagi memastikan pihak penyedia platform faham perbuatan itu dilarang dan jika sabit kesalahan pengguna aplikasi boleh dikenakan tindakan. - Foto fail/BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Indonesia sedia haramkan X jika tidak halang kandungan lucah
Menteri berkenaan telah menghantar surat amaran kepada X berkaitan perkara ini.

Menteri Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah
Kerajaan Indonesia akan menghantar lebih banyak surat amaran sebelum memutuskan kemungkinan penutupan.

Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.

Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian.

MCMC bukan 'polis internet', sekat kandungan lucah atas aduan, permintaan PDRM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menurunkan atau menyekat kandungan lucah berdasarkan permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kandungan lucah: KKD cadang sesi dialog bersama penyedia platform media sosial
KKD akan adakan sesi dialog bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntukan undang-undang.

Muat naik kandungan lucah kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia
Awas jika memuat naik atau berkongsi kandungan yang tidak wajar... seseorang itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

KDN warta perintah larangan terhadap tiga penerbitan
KDN berkata amalan hidup songsang jelas dilarang dan bertentangan dengan semua ajaran agama serta norma hidup masyarakat di negara ini.

KPWKM pandang serius peningkatan alamat IP kongsi kandungan lucah kanak-kanak
KPWKM memandang serius dapatan PDRM yang menerima 106,764 alamat IP berdaftar di negara ini, yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak.

PDRM terima puluhan ribu alamat IP kongsi kandungan lucah kanak-kanak
Akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil daripada itu.