Kenyataan oleh Datuk Seri Anifah Aman mengenai pengisytiharan Kerajaan Malaysia bahawa Kang Chol, duta besar Republik Demokratik Rakyat Korea adalah persona non grata.
1. Susulan dari arahan saya, TYT Kang Chol, Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) telah dipanggil (summoned) ke Kementerian Luar Negeri. Beliau dijadualkan untuk bertemu dengan YM Ambassador Raja Nushirwan bin Zainal Abidin, Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Negeri pada hari ini jam 6.00 petang.
2. Walaubagaimanapun, TYT Kang Chol mahupun pegawai kanan dari Kedutaan tidak dapat menghadirkan diri ke Kementerian Luar Negeri.
3. Oleh yang demikian, Kementerian Luar Negeri melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan DPRK telah memaklumkan bahawa TYT Kang Chol telah diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Persona Non Grata. Beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam dari masa mesyuarat tersebut, iaitu 6.00 petang, 4 Mac 2017.
4. Sekarang boleh diumumkan bahawa pada pukul 5.00 petang, Selasa, 28 Februari 2017, pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Negeri, telah berjumpa dengan Delegasi Peringkat Tinggi DPRK yang diketuai oleh TYT Kim Song. Pada mesyuarat tersebut, Kerajaan Malaysia telah menuntut supaya Kerajaan DPRK mengemukakan permohonan maaf secara bertulis bagi dakwaan-dakwaan yang telah dilontarkan oleh Duta Besar DPRK terhadap Malaysia.
5. Kerajaan DPRK juga telah dimaklumkan bahawa andainya jawapan tidak diterima selewat-lewatnya pukul 10.00 malam hari yang sama, maka Kerajaan Malaysia akan mengambil langkah-langkah untuk mempertahankan kepentingan negara.
6. Hampir empat hari telah berlalu selepas tamatnya tempoh tersebut. Permohonan maaf masih belum diterima, Kerajaan DPRK juga tidak memberi isyarat yang mereka akan memohon maaf. Oleh yang demikian, Duta Besar DPRK telah disytiharkan Persona Non Grata.
7. Persona Non Grata diterjemahkan secara kasarnya bermaksud “Orang yang Tidak Dihargai”. Seseorang yang telah diisytiharkan sedemikian dilarang masuk atau terus berada disesebuah negara. Ia merupakan bentuk kecaman yang paling serius yang boleh dikenakan ke atas seseorang diplomat asing.
8. Ia juga seringkali digunakan untuk memberi isyarat tidak senang hati terhadap tingkahlaku atau dasar negara penghantar.
9. Mengikut artikel 9 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik (1961), negara penerima boleh, pada bila-bila masa dan tanpa memberi sebarang alasan, mengisytiharkan duta besar atau ketua perwakilan atau pegawai diplomatik sebagai Persona Non Grata. Dalam hal sedemikian, negara penghantar akan memanggil pulang inidividu berkenaan ataupun menamatkan fungsi beliau di kedutaan atau perwakilan. Jika negara penghantar tidak mahu berbuat demikian, maka negara penerima boleh menamatkan pengiktirafan terhadap individu tersebut sebagai ahli kedutaan atau perwakilan.
10. Ingin ditekankan – Malaysia akan mengambil tindakan keras terhadap apajua penghinaan mahupun usaha untuk memburukkan nama negara.
11. Harus diingat bahawa Duta Besar tersebut telah membuat tuduhan bahawa proses penyiasatan terhadap warganegara DPRK yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan dan Malaysia bersekongkol dengan kuasa luar untuk memburukkan negara negara beliau. Pembebasan Encik Ri Jong Chol, seorang warganegara DPRK, dari tahanan polis disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup untuk didakwa, jelas menunjukkan bahawa penyiasatan tersebut tidak berat sebelah, adil dan telus, sesuai dengan sesebuah negara yang ditadbir berdasarkan undang-undang.
12. Pengusiran Duta Besar DPRK datangnya sejurus selepas keputusan Kerajaan Malaysia, seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bahawa bermula hari Isnin, 6 Mac 2017, warganegara DPRK dikenakan visa untuk masuk ke Malaysia. Tindakan ini menunjukkan bahawa Malaysia memandang berat apajua cubaan untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.
13. Langkah-langkah ini merupakan sebahagian proses Kerajaan Malaysia untuk menilai semula hubungannya dengan DPRK.
Menteri Luar Negeri
PUTRAJAYA
4 Mac 2017
Media Statement
Sat Mar 04 2017

Kang Chol dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam dari masa mesyuarat tersebut, iaitu 6.00 petang, 4 Mac 2017. -Gambar fail/Astro AWANI
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.

PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.