KANSER servik atau pangkal rahim adalah kanser ketiga yang kerap berlaku dalam kalangan wanita muda di Malaysia selepas kanser ovari dan payu dara.
Pakar Perunding Onkologi Klinikal Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Mastura Md Yusof berkata wanita muda lebih berisiko mendapat kanser tersebut iaitu mereka yang berusia antara 29 ke 45 tahun, tidak kira sama ada mereka sudah berkahwin atau tidak tetapi pernah dan aktif melakukan hubungan seks.
Beliau berkata, faktor yang meninggikan lagi risiko untuk golongan itu mendapat kanser servik apabila berlaku jangkitan virus Human Pappiloma Virus (HPV) iaitu virus yang boleh disebarkan melalui aktiviti seks atau sentuhan.
Menurutnya, aktiviti seks rambang dengan pelbagai orang, mempunyai pasangan yang juga melakukan hubungan seks dengan lebih daripada seorang pasangan atau mengadakan hubungan seks dengan orang yang dijangkiti antara punca individu itu boleh mendapat infeksi virus HPV, seterusnya risiko mendapat kanser serviks.
Selain itu, katanya, faktor lain ialah jika individu itu memiliki sistem imun yang rendah, mengalami infeksi dengan virus HIV atau kuman penyakit kelamin, ia juga meninggikan risiko untuk mendapat kanser servik.
“Kanser servik ini tiada kena mengena dengan faktor makanan atau keturunan kerana ia berpunca daripada jangkitan virus HPV yang boleh menular melalui hubungan seks yang dilakukan.
“Bagaimanapun seseorang itu juga boleh mendapat jangkitan HPV menerusi penularan kulit ke kulit. Maknanya mereka mungkin tidak melakukan hubungan seks tetapi ada sentuhan seperti berpelukan, bercumbu atau sebagainya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, penting juga untuk difahami walaupun seseorang itu mendapat jangkitan HPV ia tidak bermaksud mereka mempunyai 100 peratus potensi untuk mendapat kanser.
Terdahulu, dilaporkan kira-kira 70 anggota dan pegawai wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tiga negeri dikesan menghidap virus HPV yang menjadi antara penyebab kanser pangkal rahim.
Sehingga kini, tiga wanita PDRM telah meninggal dunia akibat kanser servik dan 10 orang dikesan menghidap kanser itu.
Dalam pada itu, mengulas berhubung warga PDRM yang dikesan menghidap virus HPV, Dr Mastura berkata, apa yang perlu dilakukan adalah segera membuat pemeriksaan saringan lanjut melalui program Removing Obstacles to Cervical Screening (Rose) atau di fasiliti terdekat bagi memastikan mereka tidak mengalami perubahan pada sel di pangkal rahim atau menghidap kanser servik.
Sinar Harian
Tue Dec 22 2020

Wanita muda lebih berisiko mendapat kanser tersebut iaitu mereka yang berusia antara 29 ke 45 tahun. -Gambar hiasan/Shutterstock.com
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Lebih 70,000 wanita di Malaysia terima suntikan vaksin HPV
Jumlah itu dilihat memberangsangkan dan ia hasil kerja keras warga NCSM bersama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Perak.

Kanser pangkal rahim ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita muda
Wanita muda lebih berisiko mendapat kanser tersebut iaitu mereka yang berusia antara 29 ke 45 tahun.

Ingat mengandung, rupanya kanser...
Dia amat bersyukur apabila sakit itu berjaya dikesan lebih awal untuk menjalani rawatan segera.