KUALA LUMPUR: Amat mustahak bagi wanita di negara ini menjalani saringan awal kanser serviks atau pangkal rahim kerana pengesanan awal penting dalam memerangi kanser itu, kata Pakar Perunding Onkologi Ginekologi dan Pakar Bedah Robotik, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr A. Thangesweran.
Beliau berkata pemeriksaan yang kerap memperkasakan wanita untuk mengendalikan kesihatan mereka, membolehkan mereka mengenal pasti potensi masalah sejak dari peringkat awal.
"Di Malaysia, nuansa budaya kadang-kadang menghalang perbincangan terbuka tentang kesihatan wanita, menghapuskan stigma ini dan melakukan pemeriksaan awal adalah langkah yang sangat penting. Ia meningkatkan hasil rawatan dan mengubah naratif tentang kesejahteraan wanita.
"Dengan memupuk kesedaran dan menggalakkan tingkah laku proaktif ke arah kesejahteraan, kita mampu bergerak ke hadapan secara kolektif sehingga menjadikan kanser serviks bukan sahaja boleh dirawat, tetapi juga boleh dicegah.
"Pencegahan adalah melibatkan pengesanan awal perubahan sel melalui vaksin HPV (papilomavirus manusia), pemeriksaan pelvis biasa, ujian DNA setiap empat tahun dan pap smear setiap tiga tahun. Diagnosis tahap akhir, yang dapat dicegah dengan tindakan ini adalah sesuatu yang ingin kami hindari," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Beliau berkata dalam bidang kesihatan wanita, pengesanan awal dan pemeriksaan berkala tidak boleh dipertikaikan, terutama sekiranya berkaitan dengan kanser serviks.
Kanser serviks, katanya merupakan ancaman dalam diam yang menjejaskan wanita di seluruh dunia, namun pengesanan awal adalah kunci utama kejayaan rawatan dan hasil yang lebih baik.
Dr Thangesweran turut menyatakan bahawa di Malaysia, kanser serviks adalah kanser keempat paling kerap dikesan dalam kalangan wanita dan yang kedua paling sering menyerang wanita berusia 44 tahun ke bawah.
Beliau menekankan dapatan yang membimbangkan itu menunjukkan betapa pentingnya langkah-langkah kesihatan yang proaktif, menghapuskan stigma serta melakukan pemeriksaan secara rutin.
Beliau turut menyoroti tiga kanser ginekologi utama iaitu kanser rahim, kanser serviks dan kanser ovari.
Kanser serviks ialah satu daripada bentuk kanser ginekologi yang paling biasa, malah di Malaysia, 12.9 peratus kanser wanita disebabkan oleh kanser serviks.
Dr Thangesweran turut menekankan kepentingan vaksinasi untuk virus HPV sebagai tindakan pencegahan terhadap kanser serviks.
Beliau berkata walaupun vaksin HPV mampu mengurangkan risiko dengan ketara dengan menjadikan jenis virus paling berbahaya sebagai sasaran, ia tidak boleh dianggap sebagai pengganti ujian pap smear sebagai kaedah saringan kanser ginekologi yang terbukti berkesan.
Dr Thangesweran turut mengakui kebimbangan terhadap peningkatan risiko kanser yang berkaitan dengan rawatan kesuburan khususnya melibatkan ubat kesuburan yang merangsang ovari, sekali gus menekankan kepentingan wanita yang telah menjalani rawatan kesuburan untuk memantau tisu ovari mereka melalui ujian ultrabunyi dan ujian darah.
"Rawatan kesuburan didapati menjadi satu daripada faktor risiko penting untuk kanser ovari. Namun, hubungan antara ubat kemandulan dan kanser ovari perlu ditangani dengan mengambil kira faktor lain seperti umur, indeks jisim badan, pariti, faktor genetik (sejarah keluarga untuk kanser ovari), dan etiologi ketidaksuburan, bersama-sama dengan tempoh pemantauan yang lebih panjang," katanya.
Dr Thangesweran turut berkongsikan langkah penting untuk wanita menguruskan kesejahteraan mereka secara proaktif termasuk mengenali tubuh masing-masing, komunikasi yang jelas dengan semasa berjumpa doktor dan mengenali gejala serta faktor risiko.
Beliau turut menambah keadaan lain seperti PCOS (sindrom ovari polisistik) dan endometriosis mempengaruhi wanita untuk mengalami kanser ginekologi, sekali gus menggesa wanita supaya memantau haid dan menjalani pemeriksaan berkala termasuk imbasan ultrabunyi.
"Pengesanan awal bukan sekadar pilihan sebaliknya satu tanggungjawab bersama. Dengan menangani stigma dan memupuk budaya kesedaran, kita boleh merintis jalan untuk kanser serviks bukan sahaja boleh dirawat, tetapi juga boleh dicegah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Kanser serviks ialah satu daripada bentuk kanser ginekologi yang paling biasa, malah di Malaysia, 12.9 peratus kanser wanita disebabkan oleh kanser serviks. - Gambar fail/Astro AWANI

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
![[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali [KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737429573_KanserServik.jpg)
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Kanser serviks: Kepentingan pengesanan awal saringan kanser untuk wanita
Pemeriksaan kerap memperkasakan wanita untuk mengendalikan kesihatan mereka, membolehkan mereka mengenal pasti potensi masalah sejak awal.

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan KPWKM.

Suntikan vaksin HPV kepada pelajar Tingkatan 1 kembali dilaksana tahun ini - Dr Zaliha
Pemberian suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) bagi mencegah kanser serviks kepada pelajar Tingkatan 1 akan dikembalikan semula.

Kes kanser serviks ketiga tertinggi, peratusan jalani pap smear masih rendah
Selain kanser ovari dan payudara, kanser serviks menjadi ancaman khususnya kepada wanita muda di negara ini.

Kaedah ujian HPV bakal ganti 'pap smear' bagi kesan kanser serviks
Tinjauan NHMS 2019 menunjukkan, 60 peratus daripada wanita Malaysia tidak melakukan pemeriksaan pap smear bagi tujuan saringan kanser serviks, sejak tiga tahun lalu.

Yayasan dan Makmal ROSE memacu pencegahan kanser serviks di Malaysia
Menerusi pelancaran Yayasan dan Makmal ROSE, Malaysia boleh diletakkan seiring dengan negara-negara lain yang telah menerima dan mengguna pakai ujian HPV yang lebih efektif untuk saringan serviks.

Tak perlu malu! Ujian kanser serviks lebih mudah dengan inovasi ROSE
Jika ujian pap smear sebelum ini perlu menggunakan spekulum, menerusi inovasi baharu itu, kaedah konvensional itu tidak diperlukan.

Kanser serviks kanser ketiga paling banyak dihidapi wanita Malaysia - Pakar
Kesedaran mengenai kanser serviks adalah lebih baik sekarang kerana masyarakat terdedah dan dimaklumkan mengenai penyakit itu.