Kapal atau bot nelayan yang keluar masuk melalui muara sungai Terengganu diingatkan supaya lebih berhati-hati dan mengikut arahan syarikat yang membina jambatan angkat menghubungkan Bandaraya Kuala Terengganu dengan Seberang Takir di Kuala Nerus.
Pengurus Projek Zelan Hasrat Sedaya Konsortium Wan Husni Wan Afendi berkata, mulai April hingga Mei, pihak syarikat terpaksa menutup dua laluan utama keluar masuk di muara sungai itu.
"Kita hanya buka satu laluan kecil selebar kira-kira 30.4 meter di sebelah Tanjung, Kuala Terengganu untuk keluar masuk muara berkenaan. Mana-mana bot nelayan atau kapal yang ingin melalui laluan itu hendaklah menggunakan laluan sebelah Tanjung.
"Dari bulan Mei hingga Sept, dua laluan pula dibuka iaitu di sebelah Seberang Takir dan di sebelah Tanjung. Bot-bot atau kapal yang hendak keluar ke laut hendaklah melalui laluan sebelah tanjung manakala untuk masuk ke limbungan dari laut, hendaklah melalui laluan di sebelah Seberang Takir," katanya kepada Bernama selepas memberikan taklimat kepada nelayan-nelayan Kuala Terengganu di sini hari ini.
Wan Husni mengingatkan nelayan atau kapal-kapal yang melalui muara itu supaya mematuhi segala arahan seprti lampu-lampu isyarat yang telah disediakan di kawasan berkenaan bagi mengelak daripada sebarang bahaya.
Katanya, kerja-kerja pembinaan peringkat akhir itu dijangka akan mengambil tempoh antara empat dan lima bulan di mana jambatan itu dijangka siap sepenuhnya pada Sept ini.
Jambatan yang mula dibina sejak dua tahun lepas itu dianggarkan menelan belanja RM250 juta, yang meliputi menara tinjau, kafe serta memendekkan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus.
Dengan siapnya jambatan itu kelak, empat jambatan akan menghubungkan daerah Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus iaitu melalui Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir yang sudah sedia ada manakala sebuah lagi jambatan yang sedang dalam pembinaan yang menghubungkan Losong dengan Kampung Teluk Pasu di sini. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2017
Mulai April hingga Mei, pihak syarikat terpaksa menutup dua laluan utama keluar masuk di muara sungai itu. - Gambar fail
FAM tunggu kelulusan kerajaan bagi empat pemain warisan baharu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar
Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebanyak 13 ekor lembu seberat 8,450 kilogram yang dianggarkan bernilai RM126,750 di Kampung Bunohan, Tumpat pada Khamis lepas.
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Januari 2025
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.
APMM temukan dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi
Kesemua warga asing berada dalam keadaan keletihan selepas dipercayai melalui perjalanan yang panjang tanpa bekalan makanan dan minuman mencukupi.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.