JAKARTA: Kapal pengangkut, Bora V yang membawa 10 anak kapal dan enam penumpang hilang di perairan Tagulandang, Sulawesi Utara, selepas terputus hubungan pada Ahad ketika laut bergelora.
Pihak berkuasa termasuk agensi penyelamat Basarnas mempergiat usaha mencari dan menyelamat sejak Isnin, berikutan penemuan rakit dan jaket penyelamat, selain kerusi dipercayai milik Bora V yang hilang.
Ketua Manado Basarnas Monce Brury berkata kedua-dua kapal agensi itu telah dikerahkan ke lokasi kejadian, namun belum menemukan kapal atau mengesan mangsa yang terselamat.
"Bora V yang membawa enam unit lori dan penjana elektrik dalam perjalanan dari Bitung ke Tagulandang apabila disyaki tenggelam," katanya dalam satu kenyataan.
Manado Basarnas telah menghubungi agensi berkaitan dan penyedia perkhidmatan navigasi udara Indonesia, Airnav, untuk meningkatkan usaha pencarian dan berkongsi maklumat penting.
Menurut Monce, wilayah Sulawesi kini dilanda cuaca buruk dan orang ramai perlu mengelak potensi bahaya semasa dalam perjalanan atau belayar.
Agensi meteorologi, BMKG telah mengeluarkan amaran menasihati orang ramai supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting berikutan angin kencang, hujan dan ombak besar.
"Di Sulawesi Utara dan kawasan sekitarnya, keadaan cuaca buruk dari pagi Sabtu hingga Ahad malam mengakibatkan banyak pokok tua menghempap kenderaan dan rumah.
"Di Manado, banjir berlaku di beberapa kawasan dan penduduk dipindahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024

Basarnas mempergiat usaha mencari dan menyelamat sejak Isnin, berikutan penemuan rakit dan jaket penyelamat, selain kerusi dipercayai milik Bora V yang hilang. - Gambar/ Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kapal Sah Lian belum dapat dikesan - APMM
Walaupun APMM dimaklumkan pagi tadi bahawa kapal tersebut telah dijumpai, kapal tersebut tidak dapat dikesan apabila APMM tiba ke lokasi.