Kerajaan negeri bercadang untuk menggunakan kapal layar elektrik dalam operasi Melaka River Cruise bagi mengurangkan pencemaran sungai itu pada masa depan, kata Ketua Menteri Adly Zahari.
Beliau berkata inisiatif itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri ke arah negeri hijau dan pintar menjelang 2030.
"Sungai Melaka mempunyai beberapa segmen atau peranan penting khususnya sebagai sumber air di kawasan hulu sungai selain sebagai destinasi pelancongan bagi aktiviti 'cruise' di kawasan hilir sungai.
"Pembangunan memberi kesan kepada Sungai Melaka yang menyebabkan berlaku pencemaran di hilir sungai kesan aktiviti 'cruise' yang menggunakan petrol sekali gus mengeluarkan asap," katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi pada sesi pendengaran awam berhubung siasatan punca pencemaran Sungai Melaka di Mahkamah Majistret Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan penambahbaikan sungai itu oleh ahli Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan Melaka (Melcat), Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau).
Adly antara saksi yang dipanggil bagi membantu siasatan isu pencemaran Sungai Melaka selain Jabatan Alam Sekitar ialah Indah Water Konsortium, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, MBMB, Syarikat Air Melaka Berhad, Badan Kawal Selia Air Melaka dan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara.
Beliau juga berkata Majlis Penasihat Bandar Pintar Melaka ( SCAC) memainkan peranan membantu menambah baik kualiti Sungai Melaka menerusi kajian dan penilaian yang lebih spesifik dengan kerjasama pihak universiti.
BACA: Loji rawatan air dicemari ammonia, 18,000 pengguna di Alor Gajah terjejas
BACA: Sungai Melaka bertukar warna hitam, bau busuk
Dalam pada itu, beliau berkata isu pencemaran Sungai Melaka yang mengakibatkan ribuan ikan mati dan air bertukar warna hitam dan berbau busuk disebabkan pertembungan air tawar dari sungai itu dan air masin dari laut terutama pada musim tengkujuh.
Beliau berkata konklusi itu dimaklumkan Jabatan Alam Sekitar dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 24 2019

Pelancong yang mengikuti aktiviti 'cruise' menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam dengan menaiki Melaka River Cruise. --fotoBERNAMA/Hiasan
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.

PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.

Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.

Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.

Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.

Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.