KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili sebuah kapal pengangkut yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 20.1 batu nautika timur, Tanjung Siang, di sini, semalam, dan mendapati ia membawa beberapa besi buruk dan juga peluru meriam lama.
Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China itu ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia ketika diperiksa dalam operasi rutin APMM, pada pukul 12.45 tengah hari.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan 32 kru lelaki termasuk nakhoda yang terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan, berusia dalam lingkungan 23 hingga 57 tahun.
"Pemeriksaan lanjut ke atas kapal itu membawa kepada penemuan besi buruk dan peluru meriam yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes penemuan 'Unexploded Ordnance' (UXO) di Tanjung Belungkor di sini pada 19 Mei lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini media melaporkan terdapat sebuah kapal korek asing dikesan menjalankan operasi haram mengambil besi buruk daripada bangkai kapal perang dunia kedua milik British yang karam di kawasan perairan Kuantan.
Nurul Hizam berkata pihak APMM akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Warisan Negara bagi mengenal pasti peluru yang dijumpai di atas kapal berkenaan, disyaki berasal daripada peluru zaman perang dunia kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Nurul Hizam berkata kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China itu ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia. -Gambar fail/Bernama
Tarif global pentadbiran Trump capai kemuncak menjelang penghujung 2025
Tarif global yang dikenakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung 2025, menurut ramalan firma Moody's Analytics.
Petronas antara 500 jenama paling berharga dunia
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus menunjukkan daya tahan dengan memperoleh tempat 160 daripada 500 jenama paling berharga dunia, kata firma penilaian jenama global, Brand Finance.
Firma tersebut melaporkan, nilai jenama minyak dan gas Malaysia dalam ranking global bagaimanapun menurun 1 peratus kepada 14.4 bilion dolar amerika
Firma tersebut melaporkan, nilai jenama minyak dan gas Malaysia dalam ranking global bagaimanapun menurun 1 peratus kepada 14.4 bilion dolar amerika
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.
BNM menjelaskan ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.
BNM menjelaskan ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.
Pelajar Orang Asli ke Busan kongsi kemahiran robotik
Sekolah Kebangsaan Sri Permai, Gua Musang mencipta sejarah apabila tiga pelajarnya mewakili Malaysia untuk bertanding di International Robot Olympiad ke-26 di Busan, Korea Selatan.
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Lebih ramai rakyat Palestin ingin pulang susulan gencatan senjata Ahad lepas - Duta Palestin
Sebelum gencatan senjata itu, kira-kira 50 rakyat Palestin daripada keseluruhan 128 orang telah memohon untuk dihantar pulang.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Dua nelayan, bot dilaporkan hilang di Pulau Undan
Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas dua nelayan dilaporkan hilang di perairan Pulau Undan.
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
Lebih 3,000 kes insiden di laut direkodkan sejak 2006 - Maritim Malaysia
Maritim Malaysia merekodkan sebanyak 3,275 kes insiden di laut yang melibatkan 16,420 mangsa dalam tempoh 2006 hinga semalam.
Maritim Malaysia seru orang ramai tingkat keselamatan sempena musim cuti
Peringatan ini penting memandangkan cuaca yang tidak menentu pada penghujung tahun akibat Monsun Timur Laut (MTL).
Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut
Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang di sini, Isnin lepas.
Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Kadar jenayah di perairan negara tunjuk trend penurunan - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan kadar jenayah di kawasan perairan negara menunjukkan trend penurunan yang memberangsangkan.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.