KOTA KINABALU: Kapal pemusnah daripada Kelas Arleigh Burke ke-19 Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Milius tiba di sini untuk lawatan empat hari dalam usaha menjalin persahabatan dengan rakyat Malaysia.
Pegawai pemerintah USS Milius Komander Matthew Hays berkata, kapal perang sepanjang 154.9 meter itu tiba pagi tadi selepas sebulan belayar dari pangkalannya di pantai Jepun.
"Kami gembira dapat tiba sini sekali gus meraikan 65 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Kami akan berada di sini untuk lawatan dan meluangkan masa dengan rakyat Malaysia.
"Terdapat 300 kru pelbagai pangkat di dalam kapal ini dan Kota Kinabalu sebuah pelabuhan yang hebat untuk dikunjungi, selain dapat mengenali budaya dan bertemu masyarakat di sini," katanya kepada pemberita ketika lawatan media ke kapal berkenaan di sini hari ini.
Hays berkata ini merupakan pertama kali beliau tiba di sini meskipun pernah sampai ke Pelabuhan Klang, Selangor sebelum ini, manakala bagi kebanyakan kru ia juga kunjungan pertama mereka ke Malaysia.
"Setiap orang (kru) perlu mengambil peluang menerokai bandar raya ini (Kota Kinabalu), tetapi banyak lagi perkara yang perlu dilakukan di kapal. Selepas semua selesai kami akan turun ke bandar dan bertemu orang ramai," kata Hays.
Kru kapal berkenaan juga dijadual melawat sebuah sekolah di sini untuk sesi ramah-mesra dan aktiviti lain, esok.
USS Milius ditauliahkan pada 23 November 1996 dan dinamakan sebagai penghormatan kepada seorang anggota tentera laut, Kapten Paul Lloyd Milius atas tindakan beraninya menyelamatkan nyawa tujuh rakyat AS di Laos ketika Perang Vietnam, meskipun segala usaha telah dilakukan mayat beliau tidak ditemui dan dianggap terbunuh dalam perang pada 2 April 1978.
Dalam pada itu, sebagai kapal yang berkupayaan melakukan pelbagai misi, USS Milius direka bentuk untuk melaksanakan peperangan antiudara, antikapal selam, permukaan dan serangan secara serentak, selain menjadi platform pertahanan peluru berpandu balistik yang mampu memberikan perlindungan menerusi keupayaanya mengesan, menjejak dan menggunakan peluru berpandu balistik.
USS Milius dibina berdasarkan sistem tempur Aegis dan radar tatasusunan berperingkat pelbagai fungsi SPY-1D, dengan peluru berpandu yang menyediakan keupayaan serangan dan pertahanan berbilang misi untuk menyokong strategi keselamatan maritim AS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Kapal perang sepanjang 154.9 meter itu tiba pagi tadi selepas sebulan belayar dari pangkalannya di pantai Jepun. - Reuters

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Filipina lakukan penghantaran bekalan di Ren'ai Jiao dengan pemantauan China
Filipina melaksanakan misi penghantaran bekalan keperluan hidup pada pagi Sabtu di Ren'ai Jiao.

China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.

Aidilfitri: Perantau Jakarta ditawar "mudik" naik kapal perang
Perantau di ibu kota Jakarta berpeluang 'mudik' atau balik kampung di wilayah Pulau Jawa sempena Aidilfitri tahun ini menaiki kapal perang secara percuma.

Venezuela kerah 5,600 tentera selepas Britain hantar kapal perang ke Guyana
Presiden Nicolas Maduro mengarahkan pergerakan lebih 5,600 tentera Venezuela sebagai tindak balas terhadap penempatan kapal perang Britain ke pantai Guyana.

Itali kerah kapal perang ke Laut Merah lindungi kapal komersial
Itali akan menghantar kapal perang ke Laut Merah berikutan beberapa kapal komersial dilaporkan diserang.

Perang Palestin-Israel: AS hantar kapal perang, jet pejuang ke Israel
Pentagon menghantar kapal perang dan jet pejuang ke Mediterranean Timur sebagai tanda sokongan kepada Israel.

Negara ASEAN pamer kesatuan, jalani latihan ketenteraan bersama di Kepulauan Natuna
Tentera dari negara ASEAN menyertai latihan ASEX 01-Natuna melibatkan pelayaran lima kapal perang ke kawasan berdekatan Kepulauan Natuna.

3,000 tentera AS tiba di Asia Barat di tengah ketegangan dengan Iran
Kehadiran itu susulan arahan Jabatan Pertahanan (DoD) yang mengerahkan aset tentera tambahan ke Selat Hormuz.

Filipina enggan alih kapal perang dari kawasan dipertikai
Filipina pada Isnin menolak gesaan China untuk mengalihkan kapal perangnya dari terumbu di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan berikutan insiden tembakan meriam air oleh kapal China.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.