Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) masih belum dapat mengesan kapal kargo Sah Lian yang dilaporkan hilang pada 7 Sept lepas, walaupun ia dimaklumkan bahawa kapal itu sudah ditemui sekitar 23 batu nautika dari Miri malam tadi.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata pemilik kapal itu memberitahu bahawa mereka telah dihubungi oleh sebuah kapal kargo yang ternampak Sah Lian pada pukul 10.45 malam tadi, dan memaklumkan bahawa kapal itu mengalami kerosakan dan hanyut.
Beliau berkata APMM yang kemudian dimaklumkan mengenainya pagi tadi telah bergegas ke lokasi tempat kapal itu dikatakan dijumpai, namun sehingga pukul 3 petang tadi, kapal itu masih belum dapat dikesan.
"Kami belum ada maklumat tepat. Sebaik saja kami jumpa kapal itu, kami akan membawanya masuk ke pelabuhan, siasat kerosakannya, bawa anak kapal untuk rawatan jika perlu dan kemudian ambil keterangan daripada mereka.
"Kita mengharapkan yang terbaik," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat APMM Wilayah Sarawak di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di Muara Tebas di sini hari ini.
Ismaili berkata kapal itu dikatakan mengalami kerosakan pada bahagian kotak gear.
Beliau berkata sebaik menerima laporan mengenai kehilangan kapal itu Isnin lalu, pihaknya mengerahkan kesemua aset laut yang beroperasi di daerah maritim Kuching, Bintulu, dan Miri untuk mengesannya dengan turut dibantu oleh pesawat C-130 dari Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpangkalan di Labuan.
Katanya menurut pengurus syarikat perkapalan berkenaan, kali terakhir kapten kapal tersebut Haryanto Iskandar dapat dihubungi ialah pada 2 Sept semasa kapal itu berada di perairan Tanjung Sirik.
Kapal itu berlepas dari Kuching pada 2 Sept dan dijadual tiba di Limbang pada 5 Sept.
Ismaili berkata kapal yang dikendalikan seorang kapten beserta 13 orang kru itu dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan membawa muatan kargo barangan pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta.
Menurutnya, kapten kapal itu berasal dari Indonesia manakala lima krunya terdiri daripada warga Myanmar, empat warga India, tiga warga tempatan dan seorang warga Indonesia.
Bernama
Thu Sep 10 2015

Kapal kargo yang didaftarkan atas nama 'Sah Lian' dilaporkan hilang di Laut China Selatan, Sabtu lalu ketika dalam pelayaran dari Kuching ke Limbang. - fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P

Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.

Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan
Operasi telah meliputi sehingga 4,802 batu nautika bersamaan 8,884 kilometer persegi.

Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.

Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.

APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.

Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.

Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.

Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).