KUALA LUMPUR : Sebuah video berdurasi 22 saat yang memaparkan kru kapal selam KRI Nanggala 402 kini tular di media sosial.
Dalam video berkenaan, sembilan anggota kru kapal selam malang terbabit dilihat menyanyikan lagu bertajuk 'Sampai Jumpa'.
Video berkenaan dikongsikan oleh penyanyi asal lagu itu, Erix Soekamti dalam laman Instagramnya pada awal pagi Ahad.
Menerusi video yang tular di Indonesia itu, jelas kelihatan seorang kru sedang bermain gitar, sementara anggota yang lain menyanyikan lirik lagu 'Sampai Jumpa' di dalam sebuah ruang yang dipercayai kapal selam KRI Nanggala 402.
Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang medianya mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah meninggal dunia.
Jelasnya, pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.
BACA: Tenggelamnya Nanggala 402: Kesemua 53 anak kapal selam meninggal dunia - TNI
BACA: Tenggelamnya Nanggala 402: "Mereka patriot kedaulatan negara" - Jokowi
Sebelum itu, pada 3.46 pagi Rabu (21 April 2021), KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo.
Bagaimanapun, pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala telah terputus di perairan Bali.
BACA: Kapal selam hilang di perairan Bali mungkin terkandas di jurang berkedalaman 700 meter
BACA: Tenggelamnya Nanggala 402: Muhyiddin, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah
Nickyson Nyambar
Sun Apr 25 2021

Jelas kelihatan di dalam video itu, sembilan krew dilihat menyanyikan lagu 'Sampai Jumpa'di dalam ruangan KRI Nanggala 402 yang hilang sejak Rabu lalu. - Gambar Instagram @erixsoekamti

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

KRI Nanggala: Indonesia tamatkan usaha kumpul serpihan
Jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono mengesahkan pencarian itu sudah berakhir.

10 beradik nyalakan panjut dedikasi buat kapal selam KRI Nanggala 402
10 beradik berpakat membina panjut atau pelita buluh berbentuk rangka kapal selam KRI Nanggala 402 di halaman kediaman ibu bapa mereka di Kampung Padang Air dekat Tepoh.

MV Mega Bakti selamat kembali daripada operasi SAR KRI Nanggala 402
Kapal MV Mega Bakti selamat kembali di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar di sini hari ini selepas menyertai operasi SAR KRI Nanggala 402.

Panjut bentuk kapal selam KRI Nanggala tanda simpati
Panjut itu direka sebagai penghormatan kepada 53 kru Nanggala 402 yang terkorban dan tanda sokongan kepada rakyat Indonesia.

Garis Masa: Apa yang berlaku sepanjang April 2021?
SEPANJANG 30 hari bulan ini, pelbagai perkara suka dan duka telah berlaku di dalam serta luar negara.

KRI Nanggala 402: MUI gesa adakan solat ghaib untuk mangsa nahas kapal selam
Solat sunat itu bertujuan bagi memohon dan mendoakan keampunan daripada Allah SWT untuk semua mangsa yang terkorban.

Kapal selam Nanggala 402: Video viral kru nyanyi 'Sampai Jumpa' buat netizen sebak
Video berkenaan dikongsikan sendiri oleh penyanyi asal, Erix Soekamti.

Tenggelamnya Nanggala 402: Muhyiddin, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah
Muhyiddin yang turut mewakili seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan menyayat hati tersebut.

KRI Nanggala 402 tidak meletup, tetapi tenggelam - Tentera Laut Indonesia
Keyakinan itu dinyatakan Panglima Tentera Laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono susulan penemuan serpihan yang dipercayai dari kapal selam terbabit.

KRI Nanggala 402: Jokowi doa operasi SAR lancar
Kata Jokowi, beliau faham perasaan ahli keluarga kru kapal selam berkenaan dan berjanji akan melakukan apa yang terdaya.