KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki berdaftar di Pontianak, Indonesia yang disyaki bersauh tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Johor Timur di sini, pada Isnin.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki itu telah ditahan sekitar jam 12.35 tengah hari di kedudukan 18.4 batu nautika Timur Tanjung Balau.
"Penahanan turut melibatkan seramai 12 kru lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 46 tahun. Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
"Hasil pemeriksaan lanjut terhadap dokumen kapal mendapati ia telah bersauh sejak 25 Mac lalu.
"Kapal yang berdaftar di Pontianak itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.
"Susulan itu, nakhoda dan ketua jurutera kapal telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran, yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Muhammad Aiman Hakeem
Tue Mar 29 2022

Kapal tangki itu telah ditahan sekitar jam 12.35 tengah hari di kedudukan 18.4 batu nautika Timur Tanjung Balau. - Gambar/ Maritim Malaysia

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tiga hilang selepas helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab
Tiga kru dilaporkan hilang selepas sebuah helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab berhampiran pantai Gujarat pada malam Isnin.

Teluk Filipina berdepan risiko tumpahan minyak
Sebuah kapal tangki membawa 1.4 juta liter bahan api industri karam di perairan Filipina pada Khamis.

Kapal tangki minyak terbakar di Laut Merah diserang puak Houthi
Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO) melaporkan kejadian itu berlaku 60 batu nautika di tenggara Aden pada Jumaat.

Houthi rampas semula kapalnya dari AS
Penceroboh bersenjata menaiki St Nikolas yang membawa bendera Kepulauan Marshall ketika ia belayar berdekatan bandar Oman, Sohar.

Pengarah syarikat, dua pekerja didakwa seleweng lebih 30,000 liter diesel
Seorang pengarah syarikat serta dua pekerja kapal tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeleweng lebih 30,000 liter minyak diesel, Jumaat lepas.

Kapal tangki terbakar di Tanjung Sedili, tiga kru masih hilang
Tiga kru kapal hilang manakala 25 lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal tangki berdaftar dari Gabon, Afrika terbakar pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili.

Kapal tangki dan bot tunda berserta kru ditahan laku pemindahan minyak tanpa kebenaran
APMM Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki dan bot tunda bersama kru yang mengendalikannya kerana melakukan aktiviti pemindahan minyak kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran.

Tiga 'penumpang' dijumpai pada kemudi kapal selepas 11 hari pelayaran
Difahamkan, ia bukanlah pertama kali 'penumpang' dijumpai di kemudi yang berbentuk sirip besar seperti bilah di bahagian bawah kapal.

Kapal tangki Rusia ditahan bersauh tanpa kebenaran di Tanjung Siang
Kapal tangki itu ditahan pada 3 petang oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur.

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan
Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot penyeludup yang cuba memasuki Malaysia karam.