LONDON: Sebuah kapal tangki minyak terbakar di luar pantai Yaman selepas terkena serangan peluru berpandu yang diperaku dilakukan oleh Houthi, lapor PA Media/dpa.
Firma multinasional Trafigura, yang mempunyai pejabat di London, berkata keselamatan anak kapal Marlin Luanda, sebuah kapal yang dikendalikan bagi pihaknya, merupakan "keutamaan utamanya."
Kapal tentera di wilayah itu kini dalam perjalanan untuk memberi bantuan, katanya.
Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO) melaporkan kejadian itu berlaku 60 batu nautika di tenggara Aden pada Jumaat.
Ia berlaku selepas insiden dua peluru berpandu dilaporkan meletup di dalam air sebelum ini, dengan "kapal dan anak kapal selamat dan tiada kerosakan dilaporkan."
Angkatan bersenjata Yaman mendakwa ia menyasarkan Marlin Luanda, yang didakwanya kapal tangki minyak British, di Teluk Aden.
Data perkapalan menunjukkan kapal itu berlayar dengan bendera Kepulauan Marshall.
UKMTO berkata pihak berkuasa telah dimaklumkan dan bertindak balas terhadap serangan terbaru, dengan memberi amaran kepada kapal lain untuk membuat transit secara berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Houthi telah berulang kali melancarkan serangan ke atas kapal-kapal di Laut Merah sejak November berhubung perang Israel terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.
Namun, mereka sering menyasarkan kapal yang tiada hubungan jelas dengan Israel, yang membahayakan penghantaran di laluan utama perdagangan global itu.
Selain serangan udara ke atas sasaran utama Houthi, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) juga mengenakan sekatan ke atas tokoh penting dalam kumpulan militan yang disokong Iran.
Siri kedua serangan udara UK dan AS, yang dilakukan pada awal minggu, nampaknya tidak banyak membantu untuk menghalang tindakan Houthi.
Jurucakap Trafigura dalam satu kenyataan berkata Marlin Luanda, sebuah kapal tangki produk petroleum yang dikendalikan bagi pihak Trafigura, terkena peluru berpandu ketika ia melintasi Laut Merah pada Jumaat (26 Jan).
"Kebakaran dikawal menggunakan peralatan memadam kebakaran di sebuah tangki kargo atas kapal itu. Keselamatan anak kapal menjadi keutamaan kami.
"Kami kekal berhubung dengan kapal itu dan memantau keadaan dengan teliti. Kapal tentera di rantau ini sedang dalam pelayaran untuk memberi bantuan."
Terdahulu pada Jumaat, seorang jurucakap perdana menteri menggesa Houthi menghentikan tindakan haram dan tidak boleh diterima itu.
Setiausaha Luar Lord David Cameron kini memuktamadkan lawatan ke Asia Barat dalam usaha diplomatiknya untuk mengurangkan ketegangan berikutan pengeboman berterusan Israel ke atas Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024

Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO) melaporkan kejadian itu berlaku 60 batu nautika di tenggara Aden pada Jumaat. - AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiga hilang selepas helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab
Tiga kru dilaporkan hilang selepas sebuah helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Laut Arab berhampiran pantai Gujarat pada malam Isnin.

Teluk Filipina berdepan risiko tumpahan minyak
Sebuah kapal tangki membawa 1.4 juta liter bahan api industri karam di perairan Filipina pada Khamis.

Kapal tangki minyak terbakar di Laut Merah diserang puak Houthi
Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO) melaporkan kejadian itu berlaku 60 batu nautika di tenggara Aden pada Jumaat.

Houthi rampas semula kapalnya dari AS
Penceroboh bersenjata menaiki St Nikolas yang membawa bendera Kepulauan Marshall ketika ia belayar berdekatan bandar Oman, Sohar.

Pengarah syarikat, dua pekerja didakwa seleweng lebih 30,000 liter diesel
Seorang pengarah syarikat serta dua pekerja kapal tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeleweng lebih 30,000 liter minyak diesel, Jumaat lepas.

Kapal tangki terbakar di Tanjung Sedili, tiga kru masih hilang
Tiga kru kapal hilang manakala 25 lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal tangki berdaftar dari Gabon, Afrika terbakar pada kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili.

Kapal tangki dan bot tunda berserta kru ditahan laku pemindahan minyak tanpa kebenaran
APMM Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki dan bot tunda bersama kru yang mengendalikannya kerana melakukan aktiviti pemindahan minyak kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran.

Tiga 'penumpang' dijumpai pada kemudi kapal selepas 11 hari pelayaran
Difahamkan, ia bukanlah pertama kali 'penumpang' dijumpai di kemudi yang berbentuk sirip besar seperti bilah di bahagian bawah kapal.

Kapal tangki Rusia ditahan bersauh tanpa kebenaran di Tanjung Siang
Kapal tangki itu ditahan pada 3 petang oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur.

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan
Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot penyeludup yang cuba memasuki Malaysia karam.