SHAH ALAM : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membangkitkan persoalan berhubung siasatan kapal tempur pesisir (LCS) yang tiada sebarang perkembangan terbaharu selain kos keseluruhan projek berkenaan meningkat kepada RM11.2 bilion.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, isu tersebut perlu diperjelaskan kepada rakyat kerana ia melibatkan soal cukai mereka yang telah dibelanjakan bagi tujuan keselamatan negara.
“Berbilion-bilion duit cukai rakyat telah dibelanjakan untuknya. Apa yang lebih menjengkelkan, jumlah asal kapal itu adalah sebanyak enam kini berkurang satu menjadi lima.
“Kos naik, barang berkurang, kapalnya tidak sampai-sampai. Pelik bin ajaib,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.
Syed Saddiq menambah, kapal itu sepatutnya telah pun diterima berdasarkan perancangan asal, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Justeru, beliau menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi respons mengenai hal berkenaan.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pihak berkuasa tidak gentar dan menonjolkan sikap berani kerana benar apatah lagi isu yang berlaku melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara.
"Saya sebagai Ahli Parlimen Muar akan membawa usul tergempar untuk membahaskan isu ini. Biarlah kita mencari kebenaran. Kebenaran wajib menang," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023

Syed Saddiq menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi respons mengenai hal berkenaan. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Kapal LCS pertama dijangka beroperasi penuh selepas selesai penilaian - Mohamad
Jelas beliau pembinaan kapal LCS pertama ketika ini hampir selesai dengan kelengkapan utama seperti enjin, kotak gear dan bebaling.

Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib
Jelas Najib, ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

Projek kapal LCS: Pembangkang gesa hentikan fasa enam berjumlah RM500 juta
Pembangkang menggesa agar kerajaan menghentikan projek perolehan kapal tempur pesisir fasa enam yang ketika ini masih belum dimulakan susulan pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Kontrak kapal tempur: Kemuka butir matan palsu RM24 juta, broker direman
Ia dianggarkan bernilai RM24 juta berkaitan kontrak perolehan enam buah kapal Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS).